Berita Harian

Import Brazil paling berbisa

- Oleh Syafiq Aznan

Penjaring terbanyak Liga Super

Bergson, Caion kini dahului senarai 9 gol syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Jika pasukan Liga Super mahukan pemain import yang ‘pandai’ menjaringk­an gol, mereka boleh cuba ambil pemain import dari Brazil atau Argentina.

Berdasarka­n statistik selepas minggu ke10 perlawanan Liga Super, lima pemain dari benua Amerika Selatan itu mengunggul­i senarai penjaring terbanyak bagi divisyen satu itu setakat ini.

Mendahului senarai adalah dua penyerang kelahiran Brazil yang ketika ini berada di senarai teratas penjaring terbanyak yang menyaksika­n kombinasi dua penyerang ini berjaya menghasilk­an 18 gol.

Bergson da Silva (Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Herlison Caion (Selangor FC) masing-masing meledak sembilan gol setakat ini dan pasti menjadi pencabar utama untuk perebutan Kasut Emas bagi musim ini.

Di sebalik prestasi terumbanga­mbing, penyerang Kedah Darul Aman (KDA FC), Ronald Ngah berjaya menyumbat tujuh gol buat skuad Kenari dengan penggempur Cameroon

itu menjadi satu daripada empat pemain yang melakar hatrik pada musim ini.

Tiga pemain meledak lima gol setakat ini iaitu penyerang PJ City FC, Darren Lok yang menjadi satu- satunya pemain kebangsaan berada dalam senarai; pemain dari Argentina yang beraksi bersama Sri Pahang FC (SPFC), Manuel Hidalgo serta pertahanan Negeri Sembilan FC (NSFC), Herold Goulon.

Seorang lagi penyerang skuad Harimau Selatan yang lahir di

Argentina namun berketurun­an Itali, Fernando Forestieri turut berada dalam senarai apabila meledak empat gol untuk membantu pasukannya itu mencatat lima kemenangan daripada enam perlawanan.

Pemain import kelahiran Brazil yang beraksi bersama KL City FC, Paulo Josue berkongsi jumlah jaringan yang sama dengan Forestieri, begitu juga pemain tengah Penang FC, Hilal el Helwe. Lapan pemain menjaringk­an tiga gol di mana majoritiny­a adalah pemain tempatan iaitu Zhafri Yahya, S Kumaahran, Baddrol Bakhtiar, Amri Yahyah, Azam Azih, Romel Morales, Boris Kok dan Hyuri Henrique.

Dengan trend yang ditunjukka­n TFC, mereka menang ketiga tiga perlawanan dengan keputusan 2-0 - jadi tiga gol menjadi sasaran Penang jika mereka mahu mencatat kemenangan ke atas pelawat.

Tetapi, skuad Harimau Kumbang belum pernah meledak tiga gol dalam satu perlawanan sepanjang musim ini. Malah, hanya dua kali menjaringk­an dua gol dalam satu perlawanan, itupun mereka tewas juga di tangan KL City FC dan Sabah FC.

Dengan yang statistik tidak memihak kepada Penang, ini meninggalk­an tugas yang berat buat Zainal dan anak buahnya jika mereka berhasrat menjadikan perlawanan ini sebagai titik kebangkita­n untuk skuad Harimau Kumbang bagi musim ini. Positifnya, mereka tidak tewas pada minggu lalu di tangan PJ City FC, namun dengan gelaran ‘pakar seri’ yang diberikan kepada Penang pada musim ini, inilah masanya mereka cuba untuk membuktika­n label itu dengan mencuri satu mata.

Sebagai pasukan tercorot yang belum lagi merasai nikmat kemenangan, satu mata menentang pasukan seperti TFC adalah lebih baik berbanding tidak mendapat apa-apa.

Liga Juara-juara Asia

Bergson da Silva

Zainal Abidin Hassan

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia