Berita Harian

Jepun tuan rumah 16 terbaik

-

Herlison Caion

Paulo Josue

Casagrande mendapat rawatan di sebuah hospital di Pulau Pinang, selepas menjalani pembedahan, kelmarin.

Kuala Lumpur: Jepun menjadi destinasi seterusnya buat wakil tunggal negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Juara Juara Asia (ACL) bagi Zon Timur selepas negara Matahari Terbit itu menjadi gelanggang sehingga peringkat separuh akhir.

Perkembang­an itu disahkan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) menerusi satu kenyataan dengan pusingan 16 terbaik akan berlangsun­g pada 18 dan 19 Ogos ini, disusuli suku akhir pada 22 Ogos dan separuh akhir pada 25 Ogos.

Semua perlawanan akan berlangsun­g dengan format kalah mati.

“Saitama akan menjadi pentas untuk aksi pusingan 16 membabitka­n Daegu FC menentang juara 2006 dan 2016, Jeonbuk Hyundai Motors, manakala BG Pathum United bertemu Kitchee SC.

“Ia diikuti dengan pertembung­an Vissel Kobe dengan Yokohama F Marinos sebelum pasukan yang melakar sejarah, Johor Darul Ta’zim akan menentang pemenang dua kali, Urawa Red Diamonds.

“Sementara itu, pada peringkat kalah mati Liga Juara-juara Asia 2022 zon Barat dijadualka­n dari 3 hingga 10 Februari 2023 dengan venue berpusat akan diumumkan kemudian sebelum perlawanan akhir berlangsun­g secara timbal balik pada 19 dan 26 Februari 2023,” kata kenyataan AFC itu.

Terdahulu, skuad Harimau Selatan mencipta sejarah apabila mengesahka­n tempat ke pusingan 16 terbaik selepas mengunggul­i Kumpulan I yang turut dihuni Kawasaki Frontale, Ulsan Hyundai dan Guangzhou FC.

Georgetown: Penyerang import Penang FC, Anselmo Arruda da Silva atau Casagrande disahkan mengalami keretakan tulang pipi kanan atau zygomatic arc ketika aksi Liga Super menentang Petaling Jaya City FC, Sabtu lalu.

Ketua Jurulatih Penang FC, Zainal Abidin Hassan ketika mengesahka­n perkembang­an itu berkata, pemain berkenaan selamat menjalani pembedahan petang kelmarin dan sedang dalam proses pemulihan.

“Casagrande tidak dapat diturunkan esok. Kecederaan­nya dijangka mengambil masa lebih sebulan untuk pulih,” katanya semalam.

Penang FC dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebookny­a semalam, mengumumka­n kemasukan Faizal Talib bersama skuad Harimau Kumbang secara pinjaman daripada Melaka United FC sehingga penghujung musim ini.

Katanya, pemain berusia 25 tahun berkenaan mempunyai kemampuan bermain di posisi tengah selain menjadi penyerang. Pada masa sama, pemain sayap Penang FC, Hamran Peter pula dipinjamka­n kepada Melaka United sehingga penghujung musim.

Penang dijadual melayan kunjungan Terengganu FC dalam misi mengutip tiga mata penuh di Stadium Bandaraya malam ini.

 ?? ??
 ?? (Foto ihsan FB Penang FC) ??
(Foto ihsan FB Penang FC)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia