Berita Harian

Fadhil puas hati biarpun terkilan

- Oleh Helmi Talkah

Kejohanan Berbasikal Asia

Pelumba trek negara raih perak 1km ujian masa helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pelumba trek negara, Muhammad Fadhil Zonis mengakui terkilan selepas tidak berjaya menepati sasaran peribadiny­a untuk membawa pulang pingat emas dalam acara 1 kilometer (km) ujian masa individu pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC), kelmarin.

Sebaliknya, pelumba berusia 25 tahun itu terpaksa akur dengan perak, sekali gus mengulangi pencapaian­nya pada edisi dua tahun lalu di Korea Selatan.

Fadhil, berkata dia berhasrat untuk menghadiah­kan emas buat keluargany­a selepas genap tiga tahun arwah bapanya, Mohd Zonis Mokhtar meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang pada 20 Jun 2019.

Bagaimanap­un, dia tetap berpuas hati apabila dapat mempertaha­nkan pingat dimenangi di Korea dengan kehadiran pemenang emas 2020, Andrey Chugay; wakil tuan rumah, Ronaldo Singh Laitonjam dan jaguh Jepun, Yuta Obara.

“Alhamdulil­lah saya dapat menghadiah­kan perak buat pasukan Malaysia walaupun saya meletakkan sasaran meraih emas dalam acara ini di ACC. Hasrat saya tidak kesampaian dan saya tewas kepada pelumba yang lebih baik,” katanya.

Pemegang rekod kebangsaan

Fadhil (kiri) bersama Ronaldo meraikan kejayaan Obara (tengah) memenangi emas acara 1km ujian masa di New Delhi, kelmarin.

acara 1km ujian masa itu, berkata pada masa sama dia juga berasa sangat letih selepas melalui dua perlumbaan intensiti tinggi sebelum itu bagi acara keirin dan pecut berpasukan.

“Ketika hendak turun memanaskan badan semuanya berjalan lancar walaupun sebelum itu saya sedikit tertekan melihat kehadiran Chugay, pelumba tuan rumah (Ronaldo Singh Laitonjam) melakukan catatan yang baik dalam pecut berpasukan.

“Begitu juga dengan kehadiran Obara yang mempunyai catatan yang baik sejak di Kejohanan Dunia. Namun, saya sudah berikan yang terbaik,” katanya.

Emas acara itu dimenangi Obara yang mencatat masa 1 minit 01.118 saat (s) diikuti Fadhil (1:1.639s) dan Ronaldo ketiga (1:01.798s). Sebagai rekod, kali terakhir pelumba lelaki negara meraih emas dalam acara berkenaan ialah melalui Edrus Yunus pada 2012.

Kuala Lumpur: Pengarah Kejurulati­han Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky mengakui sudah mengenal pasti dua calon jurulatih dari luar negara bagi mengisi kekosongan ditinggalk­an jurulatih beregu lelaki, Flandy Limpele dan jurulatih beregu campuran, Paulus Firman.

Rexy berkata, dia kini hanya menunggu lampu hijau daripada BAM, sama ada bersetuju atau tidak dengan cadangan yang dikemukaka­nnya.

“Buat masa ini, perkembang­an sangat positif, tetapi masih ada perkara yang perlu dibincangk­an lagi. Setakat ini kita sedang menilai jurulatih dari luar negara tetapi saya ada juga bercakap kepada Datuk Kenny Goh (Setiausaha Agung BAM) mengenai jurulatih tempatan, namun segala keputusan terpulang kepada mereka.

“Saya cadangkan kepada pengurusan untuk dapatkan dua jurulatih, tetapi kita tengok dulu bagaimana. Sekiranya berjalan dengan baik, calon itu akan sampai pada masa terdekat,” katanya ketika ditemui selepas tamat sesi latihan skuad negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, di sini, semalam.

Pada Mac lalu, Flandy membuat keputusan untuk meletak jawatan selepas menerima tawaran untuk membimbing skuad badminton Indonesia manakala Paulus pula memutuskan untuk tidak memperbaha­rui kontraknya dengan BAM, biarpun ditawarkan oleh badan induk berkenaan, hujung April lalu.

Rexy Mainaky

 ?? (Foto ihsan MSN) ??
(Foto ihsan MSN)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia