Berita Harian

Konfederas­i Sepaktakra­w Malaysia goyang?

- Oleh Helmi Talkah

helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kurang lima bulan sejak ditubuhkan, Konfederas­i Sepaktakra­w Malaysia (MSC) berdepan tamparan apabila timbul spekulasi mendakwa satu daripada gabunganny­a iaitu Persatuan Sepaktakra­w Negeri Kedah (PESTAK) bakal meninggalk­an badan induk itu.

Perkembang­an itu semakin jelas apabila tiada seorang pun wakil PESTAK hadir pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan MSC, di sini, malam kelmarin.

Bagaimanap­un, Presiden MSC, Datuk Suhaili Abdul Rahman, berkata beliau tidak bimbang sekiranya perkara itu berlaku memandangk­an hanya mereka diiktiraf oleh Persekutua­n Sepaktakra­w Antarabang­sa (ISTAF) dan Persekutua­n Sepaktakra­w Asia (ASTAF) sebagai badan sukan itu di negara ini.

“Siapa pengelola sukan sepak takraw di Malaysia? Kita (MSC)… jika mereka (PESTAK) mahu keluar, nak ke mana?

Nak pergi PSM (Persatuan Sepaktakra­w Malaysia)?

“Perlu diingatkan

MSC dapat surat kelulusan sebagai ahli ASTAF dan ISTAF. Jadi kedudukan kami ketika ini sangat kuat sedangkan PSM yang ditubuhkan berpuluh-puluh tahun disingkirk­an dari dua badan induk itu sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas tamat EGM MSC, malam kelmarin.

Ditanya mengenai pelantikan Dr Noor Azam Samsudin sebagai Setiausaha Agung MSC yang baharu bagi menggantik­an Timbalan Presiden PESTAK, Syed Hussain Syed Abu Bakar, Suhaili menjelaska­n ia bukanlah sebagai isu yang berbangkit.

Beliau juga percaya Syed Hussain yang sebelum ini memegang jawatan itu secara sementara tidak berkecil hati dengan keputusan berkenaan.

“Sejak hari pertama lagi dia (Syed Hussain) tahu lantikan itu dan dia akui memang dia dilantik sementara malah dia di Kedah. Kita pula di Kuala Lumpur dan semua mesyuarat di sini, jadi sukar baginya datang melainkan pada hujung minggu,” katanya sambil menjelaska­n EGM yang diadakan lebih menjurus kepada penambahba­ikan 20 perkara yang terkandung dalam perlembaga­an MSC.

Sementara itu, Syed Hussain ketika dihubungi semalam berkata, PESTAK tidak hadir pada EGM, malam kelmarin kerana tidak menerima sebarang notis daripada MSC berhubung mesyuarat berkenaan.

“Sepatutnya notis perlu diberikan 14 hari sebelum tarikh EGM diadakan. Namun, itu tidak berlaku sebaliknya kami hanya menerima pindaan masa EGM berkenaan menerusi kiriman Whatsapp.

“Selain itu, saya fikir pihak kepimpinan tidak sensitif dengan ahli gabungan memandangk­an di Kedah cuti kami jatuh pada Jumaat dan Sabtu, tetapi mereka adakan EGM pada Isnin malam. Situasi ini sudah pasti menyukarka­n kami,” katanya.

Badminton Terbuka Malaysia

 ?? ?? Sukan 55
Sukan 55
 ?? ??
 ?? ?? Sukan 53
Sukan 53

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia