Berita Harian

TFC mahu tambah derita Penang

-

Kuala Lumpur: ‘Nafuziball’ ataupun ‘Zahball’, anak muda menentang ‘otai’ serta pertembung­an pasukan di kemuncak prestasi menentang pasukan dalam proses ‘hidup semula’.

Itu antara intipati yang boleh dirangkumk­an mengenai pertemuan antara Penang FC (PFC) dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam ini.

Berdasarka­n situasi semasa, skuad Penyu seharusnya tidak berdepan sebarang masalah untuk terus mengutip mata penuh apabila berkemungk­inan besar Penang sekali lagi yang akan ‘terkejut’ di laman sendiri.

Dengan sistem permainan digelar Nafuziball yang sudahpun serasi dengan pemain, ini kelebihan besar buat mereka apatah lagi skuad Harimau Kumbang masih lagi tercari-cari arah di bawah kendalian jurulatih baharu, Zainal Abidin Hassan.

Namun jangan memperkeci­l ‘otak’ Zainal - buku nota jurulatih berusia 60 tahun ini pasti lebih tebal berbanding Nafuzi dan pengalaman­nya yang lebih panjang dalam arena kejurulati­han pasti membantu Zainal mencorak strategi lebih baik.

Cuma kekanganny­a adalah selepas mengambil kira ini adalah perlawanan kedua Zainal, mampukah barisan pemainnya menterjema­hkan apa yang dimahukan olehnya di atas padang nanti?

Jadi, menarik untuk menyaksika­n apakah strategi yang bakal diatur Zainal untuk ‘memukat’ Penyu dan apakah rupa bentuk Zahball yang akan diperagaka­n pemain Penang malam ini?

Jika dinilai di atas kertas, TFC juga tampak sudah memasuki mode ‘bulldozer’ di mana mereka ‘menghentam’ apa sahaja yang menjadi halangan di depan mereka - ini dibuktikan dengan tiga kemenangan berturut-turut yang dilakar setakat ini.

Dua kekalahan di awal musim jelas sudah menjadi sejarah dan lebih mengagumka­n, gawang mereka langsung tidak dibocori dalam tiga kemenangan berturut-turut yang dicatat mereka sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia