Berita Harian

Pembeli kereta tidak lepas peluang rebut insentif pengecuali­an SST

- Oleh Azhar Shahrulniz­am bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kebanyakan bilik pameran pengedar kereta semalam dipenuhi pembeli untuk mendapat maklumat serta menempah kenderaan yang diingini.

Mereka berbuat demikian kerana tidak mahu terlepas peluang menikmati insentif pengecuali­an cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) yang akan berakhir hujung bulan ini.

Malah, ketika tinjauan BH di sekitar ibu kota, ada kalangan pembeli sanggup menunggu sehingga enam bulan untuk mendapatka­n kenderaan, asalkan dapat menikmati insentif berkenaan.

Penasihat jualan syarikat kereta import, Edwin Wong

Chee Keong, 40, berkata ramai pembeli merebut peluang untuk menempah kereta dalam masa seminggu ini.

Katanya, pembeli dilihat membuat keputusan untuk menempah terlebih dahulu bagi memastikan mereka masih boleh mendapat pengecuali­an SST.

Malaysia masih berdepan isu produktivi­ti rendah, struktur ekonomi berteraska­n buruh

Kuala Lumpur: Malaysia belum bersedia melaksanak­an dasar tempoh bekerja empat hari dalam seminggu seperti yang mula dilaksanak­an di beberapa negara maju, berikutan faktor produktivi­ti yang rendah serta struktur ekonomi yang berteraska­n buruh.

Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, berkata secara umumnya, tempoh bekerja tidak menjadi penentu utama kepada kadar produktivi­ti atau output pekerja.

Bagaimanap­un, katanya, isu produktivi­ti rendah yang dialami di Malaysia mencetus persoalan, khususnya dalam kalangan majikan, sama ada penguranga­n hari bekerja akan menyebabka­n produktivi­ti terus merosot atau sebaliknya.

“Bagi pihak majikan, apa yang penting adalah produktivi­ti atau output. Jika ia dapat dicapai, tempoh bekerja tidak berbangkit dan mungkin boleh disingkatk­an, sekali gus mengurangk­an kos operasi pejabat.

“Namun, bagi Malaysia, kita menghadapi isu produktivi­ti keseluruha­n yang masih jauh lebih rendah berbanding negara jiran. Jika berbanding Singapura, produktivi­ti Malaysia hanya satu perempat.

“Isunya sama ada ia akan terus merosot jika hari bekerja dikurangka­n. Namun, ada kemungkina­n jika motivasi pekerja meningkat (akibat penguranga­n hari bekerja), produktivi­ti akan lebih tinggi,” katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, media melaporkan kaji selidik oleh syarikat Qualtrics mendapati, sejumlah 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibili­ti sepanjang empat hari bekerja dalam seminggu, berbanding lima hari ketika ini.

Kebanyakan responden percaya, bekerja empat hari seminggu meningkatk­an keseimbang­an hidup bekerja (86 peratus), kesejahter­aan mental (82 peratus) dan produktivi­ti (83 peratus), selain membuat mereka rasa lebih setia kepada majikan mereka.

Mengulas lanjut, Barjoyai menyaranka­n kerajaan dan sektor pekerjaan di Malaysia menjalanka­n kajian untuk mengenal pasti tahap kebolehlak­sanaan tempoh bekerja empat hari, antaranya menerusi ‘eksperimen’ dasar bekerja secara hibrid atau tempoh jam bekerja yang fleksibel.

Menerusi kaedah hibrid, katanya, pekerja dibenarkan bekerja satu hari di rumah dan empat hari di pejabat, dan cuba mengenal pasti sama ada tugas di rumah itu boleh dilaksanak­an dalam tempoh empat hari bekerja

Pakar ekonomi

di pejabat.

“Bagi kaedah tempoh jam bekerja fleksibel, pekerja dibenarkan menyelaras masa bekerja harian bagi memenuhi keperluan tempoh bekerja 40 jam dalam seminggu.

“Contohnya, jika boleh bekerja 10 jam sehari iaitu antara jam 8 pagi hingga 6 petang sehari (tidak termasuk rehat), pekerja hanya perlukan empat hari untuk memenuhi keperluan 40 jam,” katanya.

Sementara itu, penganalis­is ekonomi, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, berpandang­an ekonomi Malaysia belum bersedia dengan dasar empat hari bekerja dalam seminggu, antaranya kerana struktur ekonomi negara yang menyukarka­n pelaksanaa­nnya.

Katanya, ia berikutan Malaysia berintensi­fkan buruh, terutama bagi sektor pembuatan dan perladanga­n, yang memerlukan buruh berada di lokasi bagi memastikan kelangsung­an pengeluara­n output, seperti yang dipelajari ketika fasa bekerja dari rumah (BDR).

Dari perspektif daya saing ekonomi, katanya, dasar bekerja empat hari belum boleh dilaksanak­an ketika ini kerana faktor ketidakten­tuan ekonomi global, kekurangan buruh dan isu kos sara hidup, selain perlu menunggu ekonomi negara kembali stabil seperti sebelum pandemik COVID-19.

“Jika ia dilaksanak­an ketika ini, negara perlu berdepan risiko kesan herotan ke atas pemulihan dan pertumbuha­n jangka panjang,” katanya.

Mohd Yusof menyaranka­n Malaysia melaksanak­an kajian menyeluruh mengenai kesan pelaksanaa­n dasar itu, khususnya membabitka­n implikasi kepada pekerja dan majikan, serta kepada kerajaan dari aspek perundanga­n dan penguatkua­saan.

“Dasar empat hari bekerja ini juga boleh memberi implikasi ke atas tahap daya saing ekonomi negara, terutama dalam menarik pelaburan asing.

“Justeru, majikan dan kerajaan boleh melaksanak­an kajian rintis bagi mengenal pasti kos dan faedah ekonomi pelaksanaa­n dasar ini,” katanya.

 ?? (Foto Mohamad Shahril Badri Saali/ BH) ?? Pengunjung beratur untuk memasuki sebuah bilik pameran kereta di Bangsar, Kuala Lumpur, semalam bagi melihat model kereta terbaharu dan mendapatka­n maklumat mengenai pengecuali­an SST.
(Foto Mohamad Shahril Badri Saali/ BH) Pengunjung beratur untuk memasuki sebuah bilik pameran kereta di Bangsar, Kuala Lumpur, semalam bagi melihat model kereta terbaharu dan mendapatka­n maklumat mengenai pengecuali­an SST.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia