Berita Harian

Pasar raya hadkan pembelian minyak masak botol

Bekalan dalam paket sudah kehabisan stok

- Oleh Ercy Gracella Ajos dan Zuliaty Zulkiffli bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekalan minyak masak dalam botol berkapasit­i dua hingga lima kilogram (kg) masih boleh diperoleh dalam pasaran, walaupun ada pasar raya mengehadka­n pembelian kepada dua botol setiap pembeli.

Bagaimana pun, tinjauan BH mendapati beberapa jenama minyak masak dalam botol, khususnya dalam botol 2kg dan paket sudah kehabisan stok.

Pekerja sebuah pasar raya yang enggan namanya disiarkan, berkata pembekal tidak menghantar bekalan keperluan dapur itu walaupun sudah ditempah.

“Setakat ini, belum nampak pembelian panik dilakukan pengguna terhadap minyak masak dalam botol, walaupun mulai 1 Julai ini subsidi minyak masak dalam botol dua hingga lima kilogram dimansuhka­n,” katanya.

Pembeli, Waliyuddin Abdul Halim, 37, berkata minyak masak adalah satu keperluan kerana ia adalah budaya masyarakat negara ini menggunaka­n minyak masak dalam kehidupan seharian.

“Pemansuhan subsidi minyak dua hingga lima kilogram pasti membebanka­n rakyat, terutamany­a golongan peniaga yang memerlukan bekalan yang banyak.

“Peniaga akan beli minyak masak botol dalam kuantiti yang banyak. Jika subsidi dimansuhka­n, sudah pasti harga makanan yang dijual akan naik,” katanya.

Kelmarin, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pemansuhan subsidi minyak masak dan ayam mulai 1 Julai ini, diambil bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran lebih stabil dalam jangka panjang dan seterusnya menstabilk­an harga.

Sementara itu di Alor Setar, peniaga mendakwa terpaksa menaikkan harga disebabkan tidak dapat menampung kos bahan mentah yang makin meningkat.

Mereka mendakwa terpaksa berbuat demikian untuk menampung kos bayaran sewa tapak, pekerja, bekalan elektrik dan air serta membeli bahan mentah setiap hari.

Mohd Najmuddin Md Noor, 35, berkata dia akan menaikkan lagi harga roti canai RM1.50 sekeping pada awal bulan depan jika masalah ini tidak dapat diatasi.

Katanya, harga roti canai sekarang yang dijual RM1.20 sekeping tidak memadai memandangk­an kos membeli tepung, rempah ratus serta marjerin juga meningkat.

“Saya guna tepung berkualiti yang agak mahal untuk menjaga kualiti roti canai bagi mengelak ia cepat rosak ketika ditebar,” katanya.

 ?? ??
 ?? (Foto Fathil Asri/bh) ?? Tinjauan di sebuah pasar raya di Wangsa Maju, semalam mendapati bekalan minyak masak botol masih terkawal, manakala minyak masak dalam paket kehabisan stok.
(Foto Fathil Asri/bh) Tinjauan di sebuah pasar raya di Wangsa Maju, semalam mendapati bekalan minyak masak botol masih terkawal, manakala minyak masak dalam paket kehabisan stok.
 ?? ?? Waliyuddin Abdul Halim
Waliyuddin Abdul Halim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia