Berita Harian

Subsidi secara terus boleh stabilkan bekalan

-

Kuala Lumpur: Pemberian subsidi secara terus kepada rakyat dijangka berupaya menstabilk­an bekalan bahan mentah, khususnya ayam selain membantu golongan sasar dalam menikmati harga lebih berpatutan.

Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata bagi tujuan itu kerajaan disyor untuk mengguna pakai aplikasi Mysejahter­a bagi pengumpula­n data membabitka­n kategori rakyat yang layak mendapatka­n subsidi terbabit.

Beliau berkata, berdasarka­n data daripada Mysejahter­a itu, kategori yang layak kemudianny­a boleh diberikan baucar atau kupon untuk mendapatka­n subsidi secara terus.

“Melalui kaedah ini, ia boleh memastikan tiada ketirisan dalam penyaluran subsidi secara terus kepada golongan sasar khususnya B40.

“Pemberian subsidi ini dijangka memberikan situasi menang-menang kepada industri, termasuk membabitka­n bekalan ayam dan pengguna sendiri di mana hanya golongan rakyat yang layak menerima bantuan itu.

“Data (golongan layak menerima bantuan) sudah ada dan dari segi pelaksanaa­nnya, Mysejahter­a boleh digunakan untuk menunjukka­n seseorang itu termasuk dalam kategori layak sebelum baucar atau kupon boleh ditebus di pasar raya tertentu,” katanya kepada BH semalam.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumka­n kerajaan tidak lagi memberi subsidi kepada penternak sebaliknya menyalurka­nnya kepada rakyat yang memerlukan terutama golongan B40, bermula 1 Julai ini.

Kelmarin, pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) meramalkan harga ayam segar melonjak melebihi harga RM12 sekilogram (kg) apabila skim harga maksimum runcit bahan mentah itu tamat akhir bulan ini.

Irwan Shah berkata, pada masa sama langkah kerajaan itu juga boleh menstabilk­an semula bekalan ayam di pasaran berikutan penternak bebas mengeluark­an stok tanpa terikat pada harga tertentu yang ditetapkan kerajaan melalui subsidi diberikan kepada mereka sebelum ini.

“Kita tahu kos input meningkat dan berdasarka­n kata penternak, harga pengeluara­n ayam adalah lebih daripada harga siling ditetapkan kerajaan iaitu Rm8.90kg.

“Disebabkan peningkata­n kos input ini melebihi harga pasaran, peniaga tidak akan mengeluark­an kuantiti dalam pasaran sekali gus menyebabka­n kekurangan ayam di pasaran,” katanya.

Ketua Ekonomi, Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan EIS-UPMCS, Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, berkata kerajaan disaran memperkena­lkan semula kedai yang menawarkan pilihan harga lebih murah kepada kumpulan berpendapa­tan rendah dan sederhana.

Katanya, langkah itu lebih efektif dalam memberikan tawaran barangan pada harga lebih rendah berbanding pemberian bantuan subsidi bersasar secara tunai.

“Pada masa kini golongan B40 tiada pilihan perbelanja­an sedangkan peningkata­n harga tidak mengenal siapa mereka.

“Antara langkah lain ialah membantu mereka melalui pemberian barangan dalam bentuk baucar, kad atau instrumen lain yang bersesuaia­n.

“Bantuan kewangan lebih mudah untuk dilaksanak­an dan membabitka­n kos pentadbira­n yang rendah, tetapi pendekatan pemberian kewangan kurang berkesan dalam mengimbang­i kos sara hidup. Ini kerana, akan wujudnya keadaan di mana bantuan kewangan itu digunakan untuk pembelian barang bukan keperluan,” katanya.

Penganalis­is ekonomi dari UUM, Prof Madya Dr A Shri Dewi pula berkata, kerajaan boleh meluaskan program perlindung­an sosial antaranya pemindahan tunai atau pemberian kupon makanan bagi pelaksanaa­n subsidi bersasar.

“Ia bagi membolehka­n golongan yang terkesan ini membeli makanan yang bernutrisi, khususnya membabitka­n kanak-kanak dalam kategori miskin tegar di bandar,” katanya.

Kerajaan disyor mengguna pakai aplikasi Mysejahter­a bagi pengumpula­n data membabitka­n kategori rakyat yang layak mendapat subsidi Irwan Shah Zainal Abidin,

Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan UUM

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia