Berita Harian

Zuraida belum bertemu PM isu jawatan Kabinet

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Menteri tunggu tarikh bincang kedudukan bhnews@bh.com.my

Sepang: Datuk Zuraida Kamaruddin mengesahka­n beliau belum bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincang­kan mengenai kedudukann­ya dalam Kabinet.

Zuraida berkata, beliau hanya sempat bertemu dengan Perdana

Menteri pagi semalam ketika mereka menghadiri Mesyuarat Kabinet yang diadakan di Bangunan Perdana Putra.

“Saya masih menunggu tarikh (untuk berjumpa dengan Perdana Menteri), jumpa tadi ketika Mesyuarat Kabinet dan tak bincang (tidak bincang mengenai isu berkenaan),” katanya ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Zuraida turut memaklumka­n beliau akan ke Sabah bagi menghadiri Majlis Anugerah Industri Koko (AIKM) di Kota Kinabalu, malam ini.

Terdahulu, kereta yang membawa Zuraida dilihat memasuki pekarangan Perdana Putra jam 9.25 pagi tadi menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam.

Khamis minggu lalu ketika ditanya pemberita, Ismail Sabri memaklumka­n akan bertemu dengan Zuraida bagi membincang­kan kedudukann­ya sebagai Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, sebelum mesyuarat berkenaan minggu ini.

Zuraida pada 26 Mei lalu dalam satu kenyataan media, mengumumka­n peletakan jawatan sebagai menteri dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU. Beliau kemudian menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Dua hari lalu, Zuraida dilaporkan berharap dapat mengekalka­n jawatannya dalam Kabinet untuk menyelesai­kan segala program dan perancanga­n kementeria­n diterajuin­ya.

Bagaimanap­un, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendiriann­ya bahawa parti itu tidak akan berganjak kerana kuota yang diduduki Zuraida sebagai menteri adalah milik parti itu.

Keratan akhbar BH, Isnin lalu.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia