Berita Harian

Pemuda UMNO siap siaga hadapi PRU-15

-

Kuala Lumpur: Pemuda UMNO sudah bersedia sepenuhnya jika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan dalam tempoh terdekat.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata sayap UMNO itu sudah berada pada tahap kesiapsiag­aan 70 hingga 80 peratus untuk mendepani PRU, dengan persediaan bukan sahaja diperkemas pada peringkat negeri, tetapi juga ke pusat daerah mengundi (PDM) dan cawangan.

“Kekuatan ada dalam jentera Pemuda dan kita mesti manfaatkan lebih 20,000 cawangan kita. Di Melaka dan Johor, kita lihat kalau cawangan kita hidup, boleh ada pelbagai program dengan anak muda, ia akan bantu kita untuk mendapatka­n undi mereka.

“Daripada laporan yang kita baru dapat, hampir 90 peratus saluran mengundi muda berusia 18 hingga 25 tahun (pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor) kita menang,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat sayap itu di Menara Dato’ Onn di sini, semalam.

Ditanya sama ada Pemuda mendesak PRU ke-15 dibuat sekarang, Asyraf Wajdi berkata, keutamaan itu berpaksika­n kedudukan kerajaan sedia ada yang tidak terbina atas mandat rakyat, di samping kerajaan campuran yang terbentuk menyukarka­n untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat keputusan penting.

“Kita berpegang kepada pendirian parti, kita memang perlu untuk menyerahka­n semula mandat kepada rakyat. Waktu kita berpegang kepada prinsip

Asyraf Wajdi (duduk tengah) pada sidang media selepas mesyuarat Pemuda UMNO di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, semalam.

perlu diserah kepada rakyat sebelum ini, akhirnya kita terpaksa membentuk kerajaan campuran yang tidak stabil,” katanya.

Sementara itu, lebih 20,000 tawaran pekerjaan menanti pemohon sempena Karnival Kerjaya Barisan Nasional (BN) Youth Job Fair di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, yang bermula Jumaat sehingga Ahad ini.

Asyraf Wajdi, berkata karnival bermula jam 9 pagi hingga 5 petang itu bukan sahaja menawarkan peluang kerjaya, malah permohonan bagi pembiayaan perniagaan kecil-kecilan kepada anak muda yang menceburi bidang keusahawan­an.

“Sepanjang karnival ini bukan sahaja peluang pekerjaan, kita juga buka ruang perkhidmat­an dari segi pembiayaan yang ada untuk mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Kita juga mempromosi­kan perumahan kos rendah bagi mereka yang pertama kali mahu membeli rumah.

“Kita jangka lebih 20,000 peluang kerjaya bakal ditawarkan. Daripada perbincang­an bersama pihak agensi kerajaan yang akan turut serta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, kita syorkan supaya juga boleh tawarkan terus pekerjaan kepada mereka yang datang ke WTC.

“Jadi, datang berpakaian kemas dan bawa resume masingmasi­ng. Bagi yang tak tahu buat resume, kita ada sediakan bengkel untuk mereka sediakan resume terbaik,” katanya ketika diwawancar­a dalam program Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM, pagi semalam.

Asyraf Wajdi berkata, antara syarikat besar yang akan menawarkan peluang pekerjaan kepada pengunjung, termasuk Boustead Holdings Bhd, Malaysian Resources Corporatio­n Bhd (MRCB), OUM dan institusi perbankan seperti Maybank Berhad.

“Sepanjang karnival ini juga kita ada siri bengkel dan perkongsia­n daripada pelbagai kelompok profesiona­l dari aspek kerjaya bagi memahamkan pengunjung mengenai industri tertentu,” katanya.

Beliau berkata, penganjura­n kali ini diadakan dengan tujuan memastikan anak muda mendapat peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ditawarkan, khususnya ketika negara sedang beralih ke fasa endemik dan ekonomi yang masih dalam fasa pemulihan.

“Kali ini kita mempunyai objektif yang spesifik. Selepas pascapande­mik, ramai mencari peluang pekerjaan. Kerajaan juga umumkan pelbagai inisiatif.

“Kita melihat perlu untuk mengambil inisiatif ini, terutama apabila mereka masih tidak mendapat maklumat secukupnya. Kali ini kita rasa penting bagi memastikan adanya peluang dan ruang yang ditawarkan kepada anak muda di luar sana.

“Berdasarka­n pengalaman lalu, setiap kali kita buat Job Fair ia amat berjaya,” katanya.

 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) ??
(Foto Saifulliza­n Tamadi/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia