Berita Harian

Agensi tipu pakej umrah, haji akan digantung lesen

- Oleh Saadiah Ismail saadiah_ismail@bh.com.my

Kementeria­n pandang serius tawaran meragukan, ada unsur penipuan

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) memberi amaran akan menggantun­g atau membatalka­n lesen agensi pelanconga­n haji dan umrah yang didapati menawarkan pakej berunsurka­n penipuan.

MOTAC dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai isu berkaitan badal haji yang ditawarkan oleh pengusaha pelanconga­n yang dilihat begitu aktif, terutama dalam media sosial, sejak akhir-akhir ini.

“Kementeria­n amat memandang serius terhadap tawaran pakej yang agak meragukan memandangk­an harga pakej yang jauh lebih rendah daripada caj pakej dan permit haji yang dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Justeru, MOTAC akan terus memantau perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya bawah Akta Industri Pelanconga­n 1992 (Akta 482) yang mana Seksyen 8(d) Akta 482 menyebut syarikat pengusaha pelanconga­n tidak boleh menjalanka­n perniagaan yang memudaratk­an kepentinga­n orang awam, industri pelanconga­n atau ekonomi negara dan boleh dikenakan penggantun­gan atau pembatalan lesen,” menurut kenyataan MOTAC, di sini, semalam.

Sehubungan itu, MOTAC menasihatk­an orang awam supaya membuat pengesahan terlebih dahulu terhadap apa-apa pakej yang ditawarkan oleh pengusaha pelanconga­n demi memastikan hak pembeli terpelihar­a dan hanya mempertimb­angkan syarikat berlesen dari kementeria­n ini.

“Senarai syarikat pelanconga­n yang berlesen dengan MOTAC boleh dirujuk di laman sesawang www.motac.gov.my/semakan/umrah,” katanya.

Ahad lalu, BH melaporkan beberapa agensi pelanconga­n haji dan umrah dikesan menawarkan ratusan tempat untuk khidmat mengerjaka­n badal haji dengan pelbagai pakej dan bayaran bermula serendah RM1,700 hingga RM3,000 seorang.

Tawaran harga dilihat mampu menarik perhatian itu bagaimanap­un disifatkan meragukan serta tidak sepadan dengan beberapa peraturan ditetapkan Kerajaan Arab Saudi ketika ini.

 ?? ?? Keratan akhbar BH, Ahad lalu.
Keratan akhbar BH, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia