Berita Harian

‘Tempahan kereta melonjak dua kali ganda’

-

“Berdasarka­n kenyataan daripada kerajaan, walaupun kereta didaftarka­n pada bulan hadapan, asalkan pembeli menempah dengan kami sebelum 30 Jun, mereka dikira masih layak menerima pengecuali­an.

“Walaupun tiada lanjutan insentif pengecuali­an SST, setakat ini kami belum menerima pembatalan tempahan oleh pelanggan kami. Sebelum ini jika terdapat sebarang masalah teknikal seperti warna yang pembeli inginkan tiada, mereka akan batalkan tempahan.

“Sejak Insentif Pengecuali­an SST diperkenal­kan, kami berjaya menjual 150 sehingga 180 unit kenderaan dalam tempoh dua bulan,” katanya.

Isnin lalu, kerajaan memutuskan tarikh akhir pengecuali­an cukai jualan kenderaan penumpang kekal pada 30 Jun 2022, namun tempoh pendaftara­n kenderaan bagi menikmati insentif pengecuali­an cukai itu dilanjutka­n sehingga 31 Mac 2023.

Lanjutan tempoh pendaftara­n kenderaan itu adalah satu penyelesai­an titik tengah bagi mengimbang­i kepentinga­n pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatk­an semula pascapande­mik bagi memastikan kebajikan rakyat serta kesejahter­aan ekonomi negara terus terpelihar­a.

Penolong pengurus syarikat kereta tempatan, Muhammad Dini, 32, pula berkata jumlah tempahan yang diterima syarikat itu tidak terjejas, sebaliknya melonjak sehingga dua kali ganda.

“Sebelum ini dalam masa sebulan kami menerima tempahan antara 200 hingga 300 unit. Sekarang sebanyak 400 hingga 500 unit telah ditempah.

“Kami juga dapati ada kenaikan tempahan daripada pelanggan menerusi sistem dalam talian.

“Kami mengenakan deposit sebanyak RM100 untuk model kereta yang laris di pasaran dan jika mereka batalkan tempahan, deposit akan dipulangka­n semula. Agihan kereta tertakluk kepada ibu pejabat,” katanya.

Sementara itu, eksekutif akaun, Ashraf Arif Nor Azlan, 27, berkata antara sebab beliau membeli kereta adalah insentif pengecuali­an SST.

“Pengecuali­an ini memudahkan dari segi deposit dan harga kereta. Disebabkan itu, bayaran bulanan bagi kereta saya menjadi lebih rendah.

“Saya mencadangk­an kerajaan memanjangk­an tempoh insentif ini supaya pembeli dapat melakukan penjimatan dan pengedar dapat menyumbang­kan kembali kepada ekonomi negara,” katanya.

Sebelum ini, kami menerima tempahan antara 200 hingga 300 unit. Sekarang sebanyak 400 hingga 500 unit

Muhammad Dini, Penolong pengurus yarikat kereta

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia