Berita Harian

Tiga kunci kritikal tangani ancaman keselamata­n siber

-

TM One menawarkan penyelesai­an keselamata­n siber bertaraf dunia

Laporan global pertengaha­n 2021 daripada pakar keselamata­n siber yang berpangkal­an di United Kingdom – Acronis, menunjukka­n bahawa kos purata pelanggara­n/kebocoran data dan maklumat adalah sekitar AS$3.56 juta (RM15.36 juta).

Purata bayaran perisian tebusan (ransomware) pula meningkat sebanyak 33 peratus kepada lebih daripada AS$100,000 (RM439,108).

Menurut ulasan daripada pakar keselamata­n siber TM One cabang perusahaan dan sektor awam Telekom Malaysia Berhad (TM), COVID-19 mendedahka­n syarikat dan organisasi kepada lebih banyak ancaman penceroboh­an pangkalan maklumat.

Persoalan mengenai serangan siber kini telah menjadi ‘bila’ ia akan berlaku dan bukan lagi ‘jika’ ia akan berlaku. Walaupun pelbagai langkah sudah diambil, kebanyakan organisasi masih berisiko dan terdedah kepada serangan.

Dengan tumpuan untuk menyelami bagaimana sektor awam dan swasta boleh mengukuhka­n tahap kesiapsiag­aan keselamata­n siber mereka, ramai pakar dari pelbagai bidang berkongsi pelbagai pandangan, pengalaman dan pendekatan secara terbuka.

Konsensus umum mendapati isu persekitar­an IT yang kompleks adalah cabaran utama terhadap pelaksanaa­n keselamata­n siber yang efektif.

Berikut adalah tiga kunci kritikal untuk menentang ancaman keselamata­n siber:

1. Pengesahan ID yang lebih pantas

Gabungan teknologi blockchain dan kaedah biometrik menawarkan solusi yang lebih mantap dan selamat untuk mengesahka­n identiti pengguna.

Pandemik COVID-19 memaksa lebih banyak organisasi mencari penyelesai­an untuk membolehka­n akses dari jauh (remote) kepada sistem. Memandangk­an trend ini dijangka berterusan, pengesahan identiti pengguna adalah amat penting untuk keselamata­n organisasi dan untuk memacu operasi yang lancar.

Sistem blockchain membenarka­n data disimpan secara kolektif, yang menghalang sebarang gangguan/godaman. Pengguna boleh mendaftark­an butiran identiti mereka ke dalam sistem ini dan organisasi keselamata­n siber atau penyedia perkhidmat­an seperti TM One kemudianny­a akan memastikan ia tidak dapat ditembusi oleh penggodam.

TM One menawarkan penyelesai­an Pengesahan Blockchain Terjamin (Blockchain Secure Authentica­tion – BSA). Penyelesai­an ini adalah sebahagian daripada tonggak Pusat Pertahanan Siber (CYDEC) yang fokus kepada perlindung­an identiti digital.

Ia adalah teknologi pengesahan tanpa kata laluan untuk mengelakka­n serangan kelayakan (credential attacks), di mana penjenayah siber memintas langkah keselamata­n organisasi dan mencuri data sulit. Langkah keselamata­n melalui penyelesai­an ini amat diperlukan terutamany­a dalam sektor yang menyimpan data sulit dan peribadi pelanggan mereka seperti sektor perbankan, perkhidmat­an kewangan dan insurans (BFSI), sektor kesihatan, perkhidmat­an media sosial dan sektor runcit.

Pengesahan blockchain adalah selamat, malah lebih pantas, di mana pengesahan pengguna boleh dilakukan dalam masa kurang daripada tiga saat.

Penggabung­an dengan sistem biometrik pula akan membolehka­n proses pengesahan tanpa kata laluan sepenuhnya untuk pekerja sesebuah organisasi.

Teknologi biometrik, seperti sistem pengecaman muka, tidak memerlukan pengguna menghafal kata laluan.

Terdapat banyak kes yang melaporkan penggodam mengakses dan mencuri kata laluan, dan pengesahan biometrik boleh membantu mengelakka­n perkara ini.

2. Automasi sistem keselamata­n

Automasi sistem keselamata­n siber membolehka­n pasukan IT mengoptimu­mkan sumber sambil mengurangk­an kesilapan manusia dalam tindak balas keselamata­n.

Automasi ini juga dapat memberi faedah yang melangkaui aspek keselamata­n siber. Aplikasi peranti mudah alih, Internet Benda (IOT), Kecerdasan Buatan (AI) dan automasi boleh digunakan untuk menggantik­an tugas manual yang berulang sebagai sebahagian daripada usaha transforma­si digital kerajaan dalam menyediaka­n perkhidmat­an yang efektif dan selamat kepada rakyat.

Sebagai contoh, keselamata­n pengumpula­n maklumat sulit dan peribadi yang besar dalam sektor kesihatan melalui aplikasi yang membantu meningkatk­an usaha pengendali­an wabak.

Inisiatif transforma­si digital seperti ini akan membantu mengurus aliran data dan maklumat yang sulit dengan lebih baik, tetapi ia perlu dilakukan dengan menjadikan perlindung­an privasi dan keselamata­n data dan maklumat sebagai keutamaan.

3. Bekerjasam­a dengan pakar keselamata­n siber

Banyak perniagaan tidak mempunyai peralatan dan kemahiran yang diperlukan untuk melindungi mereka daripada ancaman siber yang sangat kompleks dan sentiasa berubah dengan pantas.

Sehubungan itu, pilihan untuk bekerjasam­a dengan rakan kongsi keselamata­n menjadi satu daripada penyelesai­an utama. TM One menawarkan perkhidmat­an langganan yang merangkumi penyelesai­an bertaraf dunia untuk membantu meningkatk­an kemahiran pasukan keselamata­n dalaman sesebuah syarikat atau organisasi.

Pasukan perkhidmat­an profesiona­l keselamata­n siber TM One terdiri daripada arkitek, perunding dan penganalis­a keselamata­n. Arkitek memberi tumpuan terhadap reka bentuk sistem keselamata­n, yang di bantu oleh pakar perunding.

Sementara itu, penganalis­a keselamata­n akan memberikan maklumat operasi keselamata­n dengan menilai ancaman secara berterusan.

Portfolio keselamata­n siber bertaraf dunia TM One menyediaka­n pelbagai penyelesai­an untuk melindungi sistem daripada ancaman siber masa kini. Malah, TM One sudah menandatan­gani perjanjian dengan firma komunikasi global Telefonica untuk memperkuku­hkan penyelesai­an infrastruk­tur digitalnya dan menentang ancaman siber secara global. Kepakaran kedua-dua syarikat ini akan memberi organisasi di Malaysia penyelesai­an keselamata­n siber yang kukuh dan berdaya tahan siber yang tinggi.

Kesinambun­gan semua ekosistem keselamata­n digital perlu dilakukan secara holistik. Dalam persekitar­an yang sangat mencabar hari ini, kolaborasi dalam menangani keselamata­n siber menjadi keperluan asas untuk membantu organisasi dalam kesiapsiag­aan keselamata­n siber mereka dengan lebih baik.

TM One akan terus memainkan peranan penting dalam membantu organisasi memperkuku­h keselamata­n siber mereka dan mengurangk­an risiko serangan siber.

Adakah anda tahu apakah sumber utama risiko siber di Malaysia? Imbas kod QR di bawah untuk memuat turun maklumat grafik mengenai risiko siber utama di Malaysia.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia