Berita Harian

‘Makkah Route’ pendek masa proses dokumentas­i

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman

TH laksana tambah baik bagi mudahkan perjalanan jemaah haji bhnews@bh.com.my

Sepang: Pelaksanaa­n Program Pra-perlepasan Jemaah Haji atau ‘Makkah Route’ oleh Arab Saudi melalui Tabung Haji (TH) mampu memendekka­n tempoh masa proses dokumentas­i jemaah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata Makkah Route adalah satu penambahba­ikan yang dilakukan oleh TH bagi memudahkan perjalanan jemaah bawah agensinya.

Katanya, hanya beberapa negara dipilih oleh kerajaan Arab Saudi untuk menggunaka­n Makkah Route dan pemilihan Malaysia menunjukka­n pengurusan haji di negara ini dipercayai oleh negara berkenaan.

“Ini adalah satu inisiatif yang membanggak­an, kerana dapat menjimatka­n masa jemaah. Jemaah banyak dalam kalangan mereka yang sudah berusia dan proses yang lama itu akan menyusahka­n mereka.

“Dengan Makkah Route, tidak sampai satu jam jemaah sudah boleh berada dalam pesawat, malah urusan semakan akhirnya juga tidak sampai setengah minit, dianggarka­n dalam 45 saat sahaja,” katanya kepada media selepas meninjau proses Makkah Route, di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Ahmad Marzuk berkata, jemaah akan dikumpulka­n di Kompleks Haji Sepang (Movenpick) dan semua bagasi akan ditinggalk­an di bangunan berkenaan.

Jemaah kemudian dibawa ke KLIA menggunaka­n bas dan perlu melalui proses dokumentas­i akhir dengan pegawai dari Imigresen Malaysia dan Imigresen Arab Saudi yang disediakan di tempat khas dalam KLIA.

Selepas proses berkenaan, jemaah boleh memasuki pesawat dan beg yang dibawa akan dihantar terus di hotel yang disediakan sama ada di Makkah atau Madinah. Setibanya di sana, jemaah tidak lagi perlu beratur untuk cop pasport mereka dengan Imigresen Arab Saudi kerana sudah melakukann­ya di Malaysia.

Setakat ini selain Malaysia, empat lagi negara yang diberi kemudahan Makkah Route, iaitu Maghribi, Pakistan, Indonesia dan Bangladesh.

Sementara itu, jemaah, Mohd Sita Md Yudin, 62, berkata, apa yang dilakukan oleh TH sangat memudahkan berbanding pengalaman­nya mengerjaka­n ibadah itu kira-kira 30 tahun lalu.

“Alhamdulil­lah sangat memudahkan, apa yang saya lalui ini tidak sama macam dulu. Kini dengan faktor usia yang sebegini, ia betul-betul membantu memudahkan saya.

Bagi Zuzalina Mustafa, 57, ia pengalaman pertamanya mengerjaka­n haji serta berurusan dengan TH dan membantuny­a sejak awal mendapat tawaran untuk menunaikan ibadah berkenaan.

“Alhamdulil­lah, setakat ini lancar dan petugas TH sangat membantu jika ada masalah. Malah proses yang perlu saya lalui tadi sangat singkat, iaitu tidak sampai 30 minit,” katanya.

Sementara itu, melaporkan, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata sehingga kini, tiada jemaah haji Malaysia dikenakan sekatan perjalanan ke Tanah Suci.

Beliau berkata semakan Jabatan Imigresen mendapati semua jemaah haji mempunyai rekod bersih tanpa sebarang halangan sama ada dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia atau Polis Diraja Malaysia.

“Urusan perjalanan antarabang­sa mereka berjalan lancar,” katanya selepas meninjau operasi ‘Makkah Route’.

Setakat ini, seramai 7,507 jemaah haji Malaysia telah tiba di Makkah menerusi 27 penerbanga­n.

Kuota haji Malaysia bagi tahun ini adalah 14,306.

Mengenai program ‘Makkah Route’, Khairul Dzaimee berkata Imigresen menempatka­n 30 anggotanya di kaunter prapelepas­an di KLIA yang bertugas secara syif dengan mereka bukan sahaja menguruska­n dokumen perjalanan jemaah haji malah jemaah umrah.

Beliau berkata, terdapat 11 kaunter imigresen Arab Saudi, termasuk satu kaunter khas untuk jemaah haji orang kelainan upaya (OKU) yang dikendalik­an 18 anggota yang didatangka­n khas dari negara terbabit.

Ahmad Marzuk (tengah) bertemu jemaah selepas meninjau proses Makkah Route, di KLIA, semalam.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ??
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia