Berita Harian

Memorandum Projek 5G Kebangsaan diteliti

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sudah meneliti kandungan memorandum yang dikemukaka­n Pergerakan Pemuda UMNO berhubung pelaksanaa­n Projek 5G Kebangsaan oleh Digital Nasional Berhad (DNB).

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata antara perkara yang dibangkitk­an dalam memorandum itu, termasuk kos sebenar mengikut pecahan tahunan, peralatan dan kos operasi rangkaian 5G negara serta penjelasan terperinci harga jualan secara pukal kepada syarikat telekomuni­kasi.

“Sehubungan itu, K-KOMM akan membantu memanjangk­an salinan memorandum ini kepada Kementeria­n Kewangan memandangk­an kebanyakan perkara yang terkandung dalam memorandum terbabit bukan di bawah bidang kuasa K-KOMM,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Annuar berkata, kementeria­nnya juga mengatur majlis bagi memberikan penjelasan lanjut untuk membantu pihak yang masih tidak jelas berhubung perkara berkaitan terutama yang berada di bawah bidang kuasa kementeria­n itu.

Katanya, pada masa ini DNB adalah syarikat milik penuh kerajaan yang diletakkan di bawah kawalan dan seliaan Kementeria­n Kewangan.

Kelmarin, dilaporkan EXCO Pemuda UMNO, Fairuz Jamaludin yang juga Pengerusi Sekretaria­t Pekerja Pemuda UMNO, mewakili sayap itu menyerahka­n memorandum berkenaan kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia