Berita Harian

Pulau Pinang laksana semula kutipan Fi Hotel

-

Georgetown: Pulau Pinang akan melaksanak­an semula kutipan Fi Hotel di semua hotel berdaftar di negeri itu bermula 1 Julai ini selepas ia dihentikan sejak dua tahun lepas berikutan wabak COVID-19.

Pada masa ini, kadar Fi Hotel bagi hotel empat dan lima bintang adalah sebanyak RM3 sebilik setiap satu malam, manakala kadar RM2 sebilik bagi setiap malam dikenakan terhadap hotel tiga bintang ke bawah termasuk dormitory, hotel bajet, hostel dan rumah tumpangan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n dan Ekonomi Kreatif Negeri Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin, berkata kerajaan negeri sebelum ini sudah melakukan pelbagai inisiatif bantuan kepada penggiat industri pelanconga­n dan ekonomi kreatif sejak penularan wabak COVID-19, termasuk pengecuali­an Fi Hotel sejak 1 Julai 2020 hingga 30 Jun ini.

Katanya, kegiatan aktiviti pelanconga­n sudah dirancakka­n sejak pembukaan semula pintu sempadan negara pada 1 April lalu dan jumlah kemasukan pelancong ke Pulau Pinang amat menggalakk­an.

“Fi Hotel adalah antara sumber pendapatan yang amat penting kepada negeri Pulau Pinang bagi membantu aktiviti promosi dan pemasaran serta pembanguna­n sektor pelanconga­n sehubungan itu, kutipannya akan dilaksanak­an semula pada 1 Julai depan.

“Sebelum pandemik COVID-19, sebanyak RM5 juta hingga RM8 juta Fi Hotel dikumpul setiap tahun,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi

Yeoh Soon Hin

Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Pulau Pinang, Tony Goh; Pengerusi Penang Hoteliers Associatio­n (PHA), Datuk Lim Mee Lee dan Pengerusi Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Andy Lau.

Dalam perkembang­an lain, Soon Hin berkata, pihaknya menyambut baik pengumuman syarikat pelopor perhotelan dunia, IHG Hotels & Resorts (IHG) mengenai kerjasama antara IHG dan pemilik hotel terkemuka Malaysia, Tradewinds Corporatio­n Berhad bagi mentransfo­rmasikan bekas Mutiara Beach Resort Pulau Pinang di Teluk Bahang.

Katanya, ia menunjukka­n keyakinan, kepercayaa­n pelabur terhadap sektor pelanconga­n walaupun menerima kesan akibat pandemik COVID-19 dua tahun lalu.

“Resort lima bintang itu ditutup sejak 2016 bagi kerja pengubahsu­aian dan kini kami gembira serta tidak sabar menyaksika­n pemulihann­ya dengan kerjasama industri hospitalit­i terkemuka dunia.

“Sudah pasti dengan kehadiran jenama IHG adalah sama sekali setanding dengan visi Wawasan Pulau Pinang 2030 dan Pelan Induk Pelanconga­n Pulau Pinang bagi memartabat­kan industri pelanconga­n negeri ini,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia