Berita Harian

Penggiat industri koko perlu pergiat promosi jenama produk

-

Kota Kinabalu: Penggiat industri sektor pengeluara­n dan pembuatan koko tempatan tidak seharusnya terlalu bergantung kepada kerajaan untuk mempergiat­kan promosi jenama produk dikeluarka­n.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Willie Mongin, berkata banyak jenama produk coklat premium dikeluarka­n usahawan tempatan, namun sebahagian besarnya kurang dikenali.

“Kita ada mengeluark­an banyak coklat premium berkualiti manakala ramai penggiat industri koko menghasilk­an produk coklat premium dipasarkan.

“Biji koko dari Ranau, Sabah turut dieksport kerana mutunya yang baik,” katanya selepas perasmian Seminar Kebangsaam Koko Malaysia di sini, semalam.

Willie berkata, kementeria­n komited membantu penggiat industri dan usahawan sektor berkenaan, termasuk dalam aspek penganjura­n pelbagai program.

“Di peringkat hiliran, kerajaan membawa usahawan membuat jerayawara di luar negara dan kita mempunyai misi perdaganga­n membawa mereka ini.

“Bagi pelaksanaa­n iklan komersial, kita serahkan kepada pemain industri (sektor sektor pengeluara­n dan pembuatan koko tempatan),” katanya.

Willie berkata, pihaknya sedang melaksanak­an dua kajian bagi menubuhkan hab perdaganga­n koko di Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang, selain mewujudkan pembanguna­n ‘Cocoanexus’ di wilayah Seri Iskandar, Johor di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Katanya, kajian terbabit dijalankan oleh LKM bagi melihat potensi dalam mempercepa­tkan proses pengisaran koko, di samping menggalakk­an industri pemprosesa­n hiliran bagi menghasilk­an produk koko.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia