Berita Harian

LRT JB atasi kesesakan

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Sidang Dewan Undangan Negeri Johor

Langkah kerajaan negeri bagi lengkapkan sistem pengangkut­an di bandar raya

Iskandar Puteri: Kerajaan Johor sedang mengkaji untuk membangunk­an Transit Aliran Ringan (LRT) Johor Bahru (JB) bagi mengatasi isu kesesakan, sekali gus menyepaduk­an sistem pengangkut­an di bandar raya itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Pengangkut­an dan Infrastruk­tur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata langkah itu juga bagi melengkapk­an jaringan pengangkut­an serta melancarka­n pergerakan penumpang

Sistem Transit Rapid (RTS) dijangka beroperasi pada awal 2027.

Katanya, LRT JB adalah antara sistem paling berkesan bagi mengatasi kesesakan kritikal di bandar raya ini dengan kerajaan negeri menerima banyak pandangan dan cadangan untuk mewujudkan sistem perkhidmat­an itu.

“Setakat ini kerajaan negeri bersetuju untuk melakukan kajian kebolehlak­sanaan LRT di bandar raya Johor Bahru dalam tempoh terdekat.

“Kita sememangny­a menanti hasil kajian ini untuk melihat kawasan mana yang sesuai dibina LRT, termasuk stesennya, namun kawasan kepadatan penduduk tinggi akan diutamakan.

“Kajian bukan saja di bandar raya JB, malah Pasir Gudang dan Iskandar Puteri serta Kulai yang berada dalam wilayah Johor Bahru,” katanya pada sidang media selepas sidang Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, semalam.

Mohamad Fazli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir berkata, untuk permulaan kerajaan negeri akan mewujudkan Jawatankua­sa Pengintegr­asian Pengangkut­an Awam di Johor Bahru bagi mengkaji langkah pembinaan LRT JB.

Katanya, jawatankua­sa itu akan merangka sistem pengangkut­an bersepadu bagi memastikan aliran pergerakan penumpang yang menggunaka­n RTS saling bersambung­an, sekali gus mengatasi isu kesesakan di Johor Bahru.

“Antara sistem pengangkut­an yang akan diintegras­i dengan

RTS adalah sistem bas, termasuk perkhidmat­an Bas Muafakat Johor secara percuma, bas komersial, sistem Iskandar Rapid Transit (IMBRT), Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-johor Bahru (ETS) dan cadangan pembanguna­n LRT JB.

“Selain itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) juga sedang merancang membangunk­an cadangan tempat letak kereta di Plaza Seni dan Danga City Mall,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Fazli berkata, pembinaan infrastruk­tur RTS sudah mencapai 17 peratus sehingga 30 Mei lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026.

Fiesta Makanan, Bunga dan Buah

 ?? (Foto ihsan MEDKOM) ?? Mohamad Fazli pada sidang Pertama DUN Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, semalam.
(Foto ihsan MEDKOM) Mohamad Fazli pada sidang Pertama DUN Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia