Berita Harian

FAMA bawa 30 tan durian pelbagai jenis

-

Butterwort­h: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) membawa 30 tan durian pelbagai jenis dari Pulau Pinang dan negeri berdekatan sempena program Fiesta Makanan, Bunga dan Buah (FAMA Fest) di tempat letak kenderaan sebuah pasaraya di Seberang Jaya, di sini.

Program yang berlangsun­g selama lima hari bermula semalam turut membawakan pelbagai jenis buah-buahan segar dan bermusim termasuk bunga serta empayar produk makanan di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Muhamad Mustahapa Awang, berkata pihaknya yakin program itu mampu menarik 50,000 pengunjung sekali gus mencapai sasaran jualan sebanyak RM500,000.

“Seramai 130 usahawan membabitka­n diri dalam program ini. Selain durian kita turut bawakan empayar makanan yang bukan sahaja dari Pulau Pinang tetapi produk dari serata negeri.

“Kita harap ia dapat memberi peluang kepada usahawan memasarkan produk mereka, sekali gus meningkatk­an pendapatan selepas dua tahun program ini terhenti ekoran COVID-19.

“Bagi pengunjung yang berminat mendapatka­n durian, kita ada bawa 30 tan durian daripada pelbagai varieti yang boleh dicuba dengan harga yang cukup berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Parti Durian bersama Media Pulau Pinang, di sini, semalam.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

 ?? (Foto Nur Izzati Mohamad/bh) ?? Muhamad Mustahapa (kiri) di gerai jualan durian pada program FAMA Fest di Seberang Jaya, Butterwort­h, semalam.
(Foto Nur Izzati Mohamad/bh) Muhamad Mustahapa (kiri) di gerai jualan durian pada program FAMA Fest di Seberang Jaya, Butterwort­h, semalam.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia