Berita Harian

10,000 serbu Minggu TVET Negara 2022

- Oleh Ruwaida Md Zain

Pelajar semakin terbuka, pilih peluang kerjaya kemahiran tinggi demi masa depan bhnews@bh.com.my

Shah Alam: Minggu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara 2022 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), di sini, menjadi tumpuan lebih 10,000 pelajar sekolah serta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sejak hari pertama penganjura­nnya Isnin lalu.

Pengarah PSA, Dr Mohd Zahari Ismail, berkata ini membuktika­n golongan pelajar hari ini semakin terbuka, malah melihat TVET sebagai peluang kerjaya berkemahir­an tinggi yang lebih menjamin masa depan.

“Sambutan pelajar sekolah dan penuntut IPT dalam program anjuran Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) ini juga sekali gus menghapusk­an stigma sesetengah pihak yang sebelum ini beranggapa­n bidang TVET adalah bidang kelas kedua dan pilihan terakhir pelajar.

“Hari ini kesedaran terhadap kepentinga­n dan potensi yang ada dalam bidang TVET semakin terserlah, malah menyaksika­n TVET antara laluan pengajian yang menjadi pilihan.

“Berdasarka­n rekod PSA sendiri, kadar kebolehpas­aran graduan penuntut PSA pada tahun lalu sebanyak 97.8 peratus berbanding 95.9 peratus pada 2020,” katanya ketika ditemui pada hari ketiga Minggu TVET Negara 2022 di PSA di sini, semalam.

Mohd Zahari berkata, menurut Laporan Audit Negara 2021, politeknik dan kolej komuniti Malaysia adalah penyumbang utama enrolmen TVET negara.

“Pelajar politeknik dan kolej komuniti adalah penyumbang utama enrolmen TVET negara iaitu sebanyak 102,365 pelajar iaitu 40.03 peratus manakala Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) memperoleh enrolmen sebanyak 60,971 orang iaitu 23.84 peratus.

“Mengikut laporan ringkas status pekerjaan graduan pada tahun 2020, politeknik dan kolej komuniti mencatatka­n kebolehpas­aran graduan tertinggid­ibandingka­ndengan universiti awam di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengisian program sepanjang Minggu TVET Negara 2022 itu memberi peluang bukan sahaja kepada pelajar sekolah, penuntut IPT, malah orang ramai untuk menerokai sendiri alam TVET sebenar.

“Program ini akan berakhir pada 24 Jun nanti, jadi kami mengalu-alukan kedatangan semua pihak ke PSA untuk sepanjang program berlangsun­g,” katanya.

Mohd Zahari Ismail

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia