Berita Harian

Yasin boleh dipenjara seumur hidup, sebat

-

Petaling Jaya: Mahkamah Sesyen semalam, diberitahu kes pendakwaan terhadap penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman kerana menanam 17 pokok ganja kekal dilakukan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah, berkata pertuduhan mengikut seksyen itu kekal berdasarka­n laporan kimia yang diterimany­a petang kelmarin.

“Kes pertuduhan ini kekal dan kita memohon tarikh sebutan kes untuk serah dokumen kepada pihak pembelaan,” katanya.

Susulan itu, peguam bela Yasin, Ariff Azami Hussein, berkata pihaknya tiada bantahan terhadap permohonan berkenaan.

“Terima kasih kepada pasukan pendakwaan kerana menyediaka­n laporan kimia dalam masa singkat dan kita mohon dua minggu dari sekarang (sebutan kes) jika memadai,” katanya.

Hakim, Jamaludin Man, menetapkan 6 Julai ini untuk sebutan kes.

Mengikut pertuduhan itu jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara seumur hidup dan boleh disebat tidak kurang daripada enam sebatan.

Selain Ariff Azami, Yasin turut diwakili peguam bela Mohd Yusmadi Yusoff dan Azizul Syarimah Mat Yusoff.

Pada 31 Mac lalu, Yasin berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamanny­a pada 24 Mac lalu.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan susulan pendakwaan mengikut Seksyen 39B (1)(A)ADB 1952 itu.

Muhammad Yasin juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen, kerana menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di lokasi, waktu dan tarikh sama mengikut Seksyen 6B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(B)(3) akta sama.

Sementara itu, Mohd Asnawi memberitah­u Mahkamah Majistret perubahan pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1)(a) ADB 1952 atau sebaliknya terhadap penyanyi itu kerana mengedar dadah masih disiasat.

“Arahan diterima daripada Jabatan Peguam Negara supaya kami buat siasatan lanjut terhadap laporan kimia berhubung pertuduhan itu. Kita memohon 6 Julai untuk ditaklimat­kan mengenai hasil laporan itu,” katanya.

Majistret, Zhafran Rahim Hamzah, kemudian menetapkan tarikh sebutan kes sama seperti ditetapkan Jamaludin.

Mohd Yusmadi pada sidang media pula berkata, anak guamnya memerlukan rawatan pakar untuk penyakit bipolar di hospital yang mempunyai rekod kesihatan penyanyi itu.

“Saya difahamkan Yasin sudah dibawa sekali ke Hospital Sungai Buloh, namun ia bukan rawatan yang terbaik. Lebih baik Yasin dapatkan rawatan pakar di Hospital

Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Pantai Kuala Lumpur yang mempunyai rekodnya. Dalam hal ini juga pihak penjara memahami keadaan Yasin dan membekalka­n ubat kepadanya melalui penyeliaan pihak terbabit,” katanya.

Gangguan bipolar adalah penyakit mental yang menyebabka­n perubahan mod tinggi dan rendah yang teruk serta perubahan dalam tidur, tenaga, pemikiran serta tingkah laku, apabila boleh mengalami tempoh di mana mereka terlalu gembira dan bertenaga dan dalam tempoh lain pula sangat sedih, putus asa dan lesu.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Muhammad Yasin tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Muhammad Yasin tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia