Berita Harian

20 bekas pelajar MRSM didakwa pukul rakan

-

Sungai Petani: Seramai 20 bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok di sini, dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan mencederak­an dan memukul seorang pelajar, dua tahun lalu.

Semua 10 bekas pelajar Tingkatan Lima dan 10 bekas pelajar Tingkatan Empat yang tinggal di asrama sekolah itu sebelum ini.

Dalam kejadian pada 27 Oktober 2020 itu, seorang pelajar Tingkatan Empat menjadi mangsa apabila dipukul 20 pelajar yang tidak berpuas hati dengan tindakanny­a mengarahka­n mereka mengosongk­an padang selepas waktu riadah petang.

Mangsa ketika itu memegang jawatan Presiden Badan Dakwah dan Rohani pada mulanya dipukul sekumpulan 10 pelajar Tingkatan Lima pada jam 12.30 tengah malam selepas dia diajak turun ke bawah asrama oleh seorang rakan yang mendakwa pelajar senior mahu bertemu dengannya.

Pada jam 2 pagi pula, mangsa didatangi pelajar lain yang mengajakny­a ke bilik sebelah untuk menyelesai­kan masalah sebelum dipukul bergilir-gilir di perut, belakang badan, peha dan kaki oleh 10 pelajar Tingkatan Empat.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata semua 20 pelajar berkenaan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia