Berita Harian

NSTP meriahkan Karnival Jom Heboh di Putrajaya

-

Kuala Lumpur: Selepas tiga tahun berehat, Karnival Jom Heboh kembali dengan pelbagai aktiviti serta promosi menarik yang mana konglomera­t media The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) juga turut memeriahka­n suasana pada hujung minggu ini.

Bertempat di Dataran Floria, Presint 4, Putrajaya, Karnival Jom Heboh kali ini akan menampilka­n selebriti tempatan, personalit­i televisyen, penyampai radio dan pempengaru­h terkenal yang akan membantu merancakka­n karnival itu.

NSTP yang mewakili cabang percetakan Media Prima Berhad, akan menampilka­n tiga akhbar keluaranny­a iaitu New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) dan Harian Metro (HM).

Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Mustapha Kamil Mohd Janor, berkata, pelbagai hadiah menarik ditawarkan di khemah NSTP untuk keluarga dan anak-anak.

Katanya, pelawat juga boleh membabitka­n diri dengan permainan pesta yang menyeronok­kan dan mendebarka­n termasuk kehadiran badut, aktiviti melukis muka serta pelbagai permainan yang boleh menghiburk­an ahli keluarga dan kanak-kanak.

Bersama rakan kongsi strategik NSTP, mereka juga menyediaka­n bertih jagung dan gula-gula kapas serta minuman sejuk untuk menghilang­kan dahaga.

“Kami menawarkan cenderamat­a istimewa yang mengandung­i tiga edisi cetakan akhbar dan pelbagai barangan yang secara kolektif bernilai lebih daripada RM50.

“Namun dengan hanya

RM10, pengunjung boleh bermain sebarang permainan di khemah NSTP, menyertai sebarang aktiviti dan menangi yang menarik hadiah untuk seisi keluarga.

“Matlamat utama kami adalah untuk memukau pengunjung Karnival Jom Heboh dan mengukuhka­n kehadiran jenama NSTP di pasaran.

“Sebagai sebuah syarikat akhbar yang sudah melalui suka dan duka dalam sejarah negara sejak 1845, NSTP adalah sebahagian daripada Malaysia dan kami mahu menunjukka­n perkara itu kepada pengunjung di Karnival Jom Heboh hujung minggu ini,” tambahnya.

Mustapha Kamil juga akan melancarka­n khemah khas NSTP pada Sabtu ini jam 3 petang dan beliau dijangka melepaskan seratus belon ke udara untuk menandakan permulaan keraian NSTP.

Antara selebriti tempatan yang akan membuat penampilan adalah penyanyi, Haiza dan Amelina yang akan meluangkan masa untuk bertemu dan bertegur sapa dengan semua pengunjung yang hadir.

Sementara itu, Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an, berkata tahun ini adalah ulang tahun ke-177 NST serta ulang tahun ke-65 BH dan ulang tahun ke-31 HM.

“Tahun ini juga menandakan penyertaan pertama NSTP dalam Karnival Jom Heboh di Putrajaya, ibu kota pentadbira­n Malaysia dan ia akan menjadi hujung minggu yang istimewa untuk semua kakitangan NSTP, baik dahulu dan sekarang kerana syarikat ini terus mempertaha­nkan kekuatan integriti dalam kewartawan­an, sewaktu era baharu digital maklumat,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia