Berita Harian

Media Prima bantu mangsa bah di Kelantan

- Nfazlina@bh.com.my

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Media Prima Berhad (MPB) melalui Tabung Bencana NSTP-MEDIA Prima semalam menyerahka­n sumbangan RM200,400 kepada mangsa banjir di Kelantan.

Sumbangan baucar tunai berkenaan diserahkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Rafiq Razali kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup.

Majlis penyerahan itu disaksikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Syed Hussian berkata, sumbangan berkenaan diberikan untuk 1,002 keluarga yang terjejas banjir teruk di Pasir Mas baru-baru ini dengan setiap keluarga menerima baucar tunai bernilai RM200.

Katanya, MPB sentiasa aktif menjalanka­n projek tanggungja­wab sosial korporat dengan membantu mereka yang dilanda bencana serta bantuan perubatan kepada golongan kurang berkemampu­an.

“Aktiviti CSR dapat dilaksanak­an lebih-lebih lagi dengan sokongan kuat daripada orang ramai melalui sumbangan Tabung Bencana NSTP-MEDIA Prima.

“Sehingga kini ratusan ribu rakyat Malaysia sudah menerima manfaat daripada sumbangan orang ramai ke tabung berkenaan,” katanya pada majlis penyerahan baucar tunai berkenaan di Kota Darulnaim.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Mohd Efendi Omar.

Beliau berkata, pembabitan Tabung Bencana NSTP-MEDIA Prima di Kelantan bukan sesuatu yang asing dan pelbagai sumbangan sudah diberikan termasuk bantuan perubatan dan kit kebersihan serta bekalan makanan.

“Sebelum ini Tabung Bencana NSTP-MEDIA Prima sudah menyumbang untuk kerja pembaikan masjid yang dikenal pasti oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 2015.

“Selain bantuan bencana, kami turut menyalurka­n bantuan semasa tercetusny­a pandemik COVID-19 pada 2020 termasuk pembelian dan penyerahan mesin bantuan pernafasan, peralatan perubatan dan perlindung­an diri kepada Hospital Raya Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya.

Pada masa sama, Syed Hussian turut melakukan kunjungan hormat di pejabat Menteri Besar.

Dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu, beliau menyatakan komitmen MPB menjalin kerjasama strategik bersesuaia­n dengan kerajaan negeri Kelantan.

“Hari ini kita membuat kunjungan hormat terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan kita berterima kasih kerana menerima kunjungan kami.

“Menerusi pertemuan ini, kita mengadakan perbincang­an apa kolaborasi yang boleh kita lakukan dalam mewar-warkan berita menerusi platform media yang kita ada.

“Bidang pendidikan mungkin akan menjadi permulaan kepada kerjasama diantara MPB dan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat di Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Sementara itu, Said berkata, pihaknya berterima kasih kepada MPB yang prihatin tampil menghulurk­an bantuan kepada mangsa banjir.

“Alhamdulil­lah, terima kasih kepada MPB atas sumbangan dalam bentuk baucar tunai kepada mangsa banjir yang terjejas tahun ini.

“Kelantan sentiasa dilanda banjir dan pada 2021 hingga 2022, sebanyak enam episod banjir berlaku di Kelantan membabitka­n 23,130 mangsa, iaitu lebih 6,000 keluarga.

“Ada keluarga terpaksa berdepan banjir dua hingga tiga kali setahun.

“Dengan bantuan daripada MPB, ia dapat mengurangk­an beban yang dialami mangsa banjir,” katanya.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Syed Hussian (tiga dari kanan) bersama Ahmad (tiga dari kiri) menyaksika­n penyerahan replika cek bernilai RM200,400 oleh Rafiq (dua dari kanan) kepada Said di Pejabat Menteri Besar Kelantan, semalam. Turut hadir, Mohd Efendi (kanan) dan Mohamed Fadzli.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Syed Hussian (tiga dari kanan) bersama Ahmad (tiga dari kiri) menyaksika­n penyerahan replika cek bernilai RM200,400 oleh Rafiq (dua dari kanan) kepada Said di Pejabat Menteri Besar Kelantan, semalam. Turut hadir, Mohd Efendi (kanan) dan Mohamed Fadzli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia