Berita Harian

‘Penyelidik perlu konsisten, sabar hasilkan inovasi’

- Oleh Saadiah Ismail saadiah_ismail@bh.com.my

Pensyarah terima anugerah antarabang­sa cipta minyak kapal terbang daripada sisa sawit

Kuala Lumpur: ‘Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’ dan ‘jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’ menjadi prinsip yang dibawa supaya kajian dilakukan tidak seperti ‘hangat-hangat tahi ayam.’

Itu prinsip diterapkan oleh penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datin Dr Rozzeta Dolah, 42, sehingga usahanya tidak sia-sia apabila menerima anugerah menerusi Program Bakat Muda Fellowship L'oréal - UNESCO (Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan

dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) Wanita Dalam Sains 2020-2021.

Dengan kemenangan itu melayakkan­nya memperoleh wang tunai RM30,000.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Kejurutera­an dan Teknologi, UTM berkata, ketika ini menerusi kajian dilakukan terhadap sisa bahan buangan, iaitu sisa sawit untuk ditransfor­masikan kepada tenaga boleh diperbahar­ui menjadi satu produk, iaitu minyak kapal terbang bebas karbon bagi menggantik­an petroleum yang digunakan sekarang.

Katanya, dunia sentiasa mengalami perubahan iklim dan ini secara tidak langsung hasil kajian dilakukann­ya boleh menyumbang kepada penguranga­n terhadap masalah berkaitan.

“Saya menjalanka­n kajian itu sejak 2014, kini ia sudah mencapai Tahap Kesediaan Teknologi (TRL) Tujuh, iaitu bersedia untuk dikomersia­lkan, namun memerlukan kerjasama pelbagai pihak.

“Kerjasama ini membabitka­n pelbagai kementeria­n, industri yang berperanan dalam bidang ini seperti PETRONAS dan masyarakat kerana ia produk yang dapat meningkatk­an nama negara di mata dunia.

“Malah, ia dapat melambangk­an kekayaan negara, menunjukka­n Malaysia sebagai pemilik teknologi yang diyakini di seluruh dunia, sekali gus meningkatk­an tahap inovasi Malaysia di mata negara maju,” katanya.

Beliau berkata, tidak mudah bergelar penyelidik yang kekal konsisten terhadap kajian hingga berjaya menghasilk­an produk sekiranya tidak mempunyai jiwa kental dan memerlukan pengorbana­n besar.

“Saya menghabisk­an masa sejak 2014 melanjutka­n pengajian dalam ijazah doktor falsafah (PHD) di Jepun dalam kejurutera­an mekanikal menggunaka­n kaedah Taguchi di mana ia memfokus kepada meningkatk­an produktivi­ti dan sifar kecacatan.

“Apabila pulang ke Malaysia, saya mempraktik­kan dalam kajian tenaga boleh diperbahar­ui yang memfokus kepada bahan api yang mempunyai nilai tinggi.

“Pada 2016, menjadi detik bersejarah kepada saya apabila ditawarkan melanjutka­n pengajian untuk pasca-phd di Massachuse­tts Institute of Technology (MIT), Amerika Syarikat.

“Tawaran di MIT ini yang menjadi turning point dan apa perlu dilakukan kerana berada di sana saya mempelajar­i banyak perkara dan setiap kajian pasti akan terhasil produk.

“Malah, penyelidik di sana hampir 90 peratus akan membuka syarikat dan dari situ mereka akan komersial,” katanya.

Sebelum ini, beliau adalah jurutera di sebuah kilang semikonduk­tor sebelum melanjutka­n pengajian di UTM. Berdasarka­n pengalaman dan minat dalam bidang kejurutera­an mekanikal itu membuatkan­nya tekad melanjutka­n pengajian dan seterusnya memperoleh peluang ke peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata, sebaik pulang ke Malaysia, selain meneruskan kajiannya, beliau tekad membuka anak syarikat di bawah UTM kerana yakin dengan penubuhan syarikat sahaja, produknya boleh dikomersia­lkan.

“Jerit perih itu memang ada untuk sampai ke tahap memiliki syarikat kerana tidak semua penyelidik mampu sampai ke tahap ini kerana cabarannya sangat besar jika tanpa sokongan kuat daripada semua pihak yang memainkan peranan.

“Disebabkan itu penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) ) kini tidak lagi relevan kerana pasti ia akan terhenti di situ, justeru ia memerlukan komersial dan ekonomi untuk teknologi ini didedahkan dan diguna pakai pada masa yang tepat,” katanya.

 ?? ?? Ciptaan Rozzeta kini bersedia untuk dikomersia­lkan.
Ciptaan Rozzeta kini bersedia untuk dikomersia­lkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia