Berita Harian

Akademi Keyakinan Laurier bina semangat remaja

-

Kuala Lumpur: Lebih 168,000 remaja perempuan mengikuti program pengayaan yang memberi penekanan dalam pelbagai aspek termasuk pendedahan mengenai penjagaan kesihatan dan keusahawan­an secara dalam talian sepanjang tempoh setahun yang berakhir sehingga Jun 2023.

Program dipanggil Akademi Keyakinan Laurier itu juga bertujuan memberi inspirasi, membina semangat dan memperkasa­kan golongan berkenaan untuk lebih berdaya saing pada masa depan.

Presiden Kao (Malaysia), Itou Hirofumi, berkata siri program akademi itu terbuka kepada peserta yang terbabit dalam program pendidikan kesihatan menstruasi yang dilaksanak­an dalam talian di lebih daripada 290 sekolah di zon tengah.

Katanya, berasaskan program Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), aktiviti jangka panjang giat diadakan di sekolah dengan berkongsi pengalaman wanita muda dalam memberikan inspirasi dan membina keyakinan diri.

“Wanita hebat akan berkongsi pelbagai panduan, kemahiran hidup yang boleh dimanfaatk­an dan diguna pakai remaja perempuan terbabit untuk mengharung­i cabaran hidup serta mencapai potensi penuh dalam diri masing-masing,” katanya.

Itou berkata, menerusi siri akademi itu turut menyediaka­n lima modul video yang penuh maklumat dengan lima topik kontempora­ri disampaika­n oleh wanita muda Malaysia yang berusaha gigih untuk mencapai impian masing-masing.

“Kita berharap ia dapat memberi inspirasi kepada gadis remaja di negara ini untuk melangkah menjadi wanita bercita-cita tinggi, yakin dan memainkan peranan aktif menyumbang kepada masyarakat serta membina negara.

Antara penyampai ialah peluncur ais bebas, Maryam Mahyud dan adiknya Marina yang berkongsi pengalaman dan topik mengenai ‘Mengejar dan Mencapai Impian’.

Selain itu, Pengasas Bersama Glampot, Gabriena Lee berkongsi menerusi mengenai bidang keusahawan­an wanita, manakala guru yang memenangi Anugerah

Pembimbing Bertauliah Google Innovator Academy 2021, Premalatha Selvaraj, pula berkongsi topik mengenai ‘Memperkasa­kan Lebih Ramai Wanita Dalam Bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Elektronik (STEM)’.

Topik lain berkaitan ‘Wanita Dalam Bidang Penjagaan Kesihatan, Mendandan Diri, Menyemai Sikap Positif Terhadap Diri’.

Katanya, selain peserta dapat menimba kemahiran hidup, mereka juga berpeluang memenangi RM1,500 setiap seorang dalam bentuk dana pendidikan menerusi akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I) menerusi aktiviti dilakukan.

“Fasa pertama akan dimulakan di sekolah di zon tengah sebelum diperluask­an ke selatan dan utara, pantai timur serta Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, pendidikan penting bagi membolehka­n seseorang insan keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Saya gembira melihat pelajar wanita dalam institusi pengajian tinggi terus meningkat setiap tahun. Kita lihat ada kalangan mereka adalah dari keluarga B40. Oleh itu, kita berharap mereka juga dapat menabung lebih awal untuk membiayai pengajian nanti,” katanya.

 ?? ?? Antara peserta yang berkongsi pengalaman pada program Akademi Keyakinan Laurier secara maya, baru-baru ini.
Antara peserta yang berkongsi pengalaman pada program Akademi Keyakinan Laurier secara maya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia