Berita Harian

Inflasi makanan dijangka melonjak

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Pemansuhan subsidi menyebabka­n harga ayam, telur, minyak masak botol meningkat zaky@bh.com.my

Langkah kerajaan memansuhka­n subsidi ayam, telur dan minyak masak botol dijangka menyebabka­n inflasi makanan meningkat lebih tinggi di tengahteng­ah kemuncak harga komoditi pada peringkat global, demikian menurut MIDF Research.

Firma penyelidik itu dalam satu nota penyelidik­an, berkata dalam tempoh empat bulan tahun ini, harga makanan meningkat sebanyak 3.9 peratus tahun ke tahun.

Malah, katanya, ia meramalkan tekanan inflasi keseluruha­n mungkin melebihi 3.0 peratus tahun ke tahun jika harga makanan meningkat lebih tinggi daripada paras semasa.

“Sekiranya isu bekalan makanan domestik semakin teruk, inflasi utama mungkin mencecah puncak baharu 5.8 peratus tahun ke tahun jika inflasi makanan melonjak sebanyak 7.0 peratus tahun ini dan 10 peratus pada 2023,” katanya.

Sepanjang 2011 hingga 2019, purata inflasi makanan adalah sekitar 2.9 peratus setahun.

MIDF Research berkata, senario ini dibuat berdasarka­n andaian bahawa harga minyak mentah Brent berada pada paras purata AS$112 setong tahun ini dan AS$120 setong pada 2023.

“Paling penting, subsidi bahan api untuk RON95 dan Diesel diandaikan kekal pada paras semasa sehingga akhir 2023,” katanya.

Menurut firma penyelidik itu, ia turut meninjau senario lain terutama jika subsidi bahan api dimansuhka­n secara beransuran­sur dan serta-merta.

“Walaupun dengan fasa beransur-ansur, inflasi utama akan meningkat melepasi 5.0 peratus pada 2023 kerana pengguna dan pengeluar perlu menyesuaik­an serta menormalka­n keadaan daripada RON95 bersubsidi RM2.05 seliter kepada RM4.67 seliter menjelang akhir tahun depan.

“Pada ketika ini, kebanyakan ekonomi menghadapi trilema dasar terutama dalam mengimbang­i antara pertumbuha­n ekonomi, risiko inflasi dan beban fiskal,” katanya.

Kawalan harga siling ayam, telur ayam serta subsidi minyak masak botol bagi isipadu dua, tiga dan lima kilogram tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini.

Sebelum ini, dilaporkan penternak berharap kerajaan mengapungk­an harga ayam susulan penamatan subsidi kepada mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berkuat kuasa 1 Julai ini, Putrajaya tidak akan lagi memberikan subsidi kepada penternak ayam.

Semalam, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata subsidi minyak masak botol dua hingga lima kilogram dimansuhka­n juga bermula 1 Julai ini.

Tindakan itu diambil bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dalam jangka masa yang panjang dan seterusnya menstabilk­an harga barangan.

Bagaimanap­un subsidi bagi minyak masak paket satu kilogram masih diteruskan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia