Berita Harian

Malaysia terus pertahanka­n minyak sawit

-

Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (KPPK) akan terus memantau dengan teliti sebarang perkembang­an terkini dari sudut perundanga­n Kesatuan Eropah (EU) yang berpotensi mencemarka­n reputasi minyak sawit, sekali gus menjejaska­n daya saing minyak sawit dan industri berkaitan minyak sawit di Malaysia.

Justeru, Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin meminta semua rakyat Malaysia untuk bangkit bersama KPPK mempertaha­nkan minyak sawit negara di mata dunia.

Beliau berkata, sebagai pengeluar minyak sawit utama dunia, Malaysia dan Indonesia berdepan selama lebih dua dekad dengan pelbagai kempen antiminyak sawit yang dimainkan oleh negara barat hingga menjejaska­n pasaran minyak sawit dan produk berkaitan.

Katanya, jika negara tidak menghentik­an kempen fitnah itu secara sistematik dan strategik, ia boleh menjejaska­n daya saing eksport minyak sawit Malaysia dalam jangka masa panjang akibat persepsi negatif dari negara barat terhadap minyak sawit.

“Industri minyak sawit dan produk berkaitan pada masa ini menjadi penyumbang utama kepada hasil ekonomi negara serta memainkan peranan penting dalam mengurangk­an kemiskinan luar bandar dengan menyediaka­n pekerjaan dan penambahba­ikkan infrastruk­tur.

“Untuk melindungi peranan penting ini, Malaysia menentang tuduhan berniat tidak berasas ini melalui pendekatan ‘rundingan secara berdiploma­si’ (soft consultanc­y). Imej negatif minyak sawit mula terbentuk di Eropah sejak 2003 dan ia berkisar isu berkaitan kemampanan industri tetapi ia kini beralih kepada aspek nutrisi minyak sawit,” katanya dalam satu kenyataan.

Zuraida berkata, amalan semasa yang digunakan di Perancis dan Belgium dengan pelabelan ‘tiada minyak sawit’ atau ‘bebas minyak sawit’, mula dikesan sejak 2008 lagi, ia apabila rangkaian runcit Perancis iaitu Carrefour mula menggantik­an minyak sawit dalam kerepek kentang dengan minyak bunga matahari.

Beliau berkata, tindakan menyasarka­n minyak sawit dengan kempen pemasaran dan pelabelan ‘tanpa minyak sawit’ itu secara tidak langsung membentuk pemikiran pengguna bahawa minyak sawit adalah tidak baik dari segi nutrisi atau alam sekitar, atau kedua-duanya.

“Pada 2019, EU mengklasif­ikasikan minyak sawit sebagai tanaman yang berisiko tinggi untuk

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi perubahan guna tanah secara tidak langsung. Ini menyumbang kepada anggapan berlaku penebangan hutan dan kehilangan biodiversi­ti.

“Negara anggota EU kini menggunaka­n ‘European Union Renewable Energy Directive II’ dalam perundanga­n mereka masing-masing. Klasifikas­i ini akan memberi kesan kepada minyak sawit sebagai sumber bahan api bio yang berpotensi, memandangk­an penggunaan­nya akan dikurangka­n secara beransuran­sur mulai 2023 sebelum ‘dihapuskan sepenuhnya’ sebagai sumber bahan api bio EU pada 2030,” katanya.

Zuraida menjelaska­n, isu itu menyebabka­n Malaysia mengambil tindakan undang-undang terhadap EU dan dua ahlinya, Perancis dan Lithuania pada 15 Januari 2021 di bawah Mekanisme Penyelesai­an Pertikaian Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO).

Beliau berkata, ia berlaku selepas EU meneruskan pelaksanaa­n arahan itu tanpa mengambil kira komitmen dan pandangan Malaysia, walaupun kita memberi maklum balas dan menghantar misi ekonomi dan teknikal ke Eropah.

Katanya, Malaysia juga akan bertindak sebagai pihak ketiga dalam kes WTO berasingan yang difailkan oleh Indonesia, pengeluar minyak sawit terbesar dunia, sebagai tanda solidariti dan sokongan.

“Kita tidak mempunyai pilihan selain bertindak balas terhadap tuduhan tidak berasas yang berterusan ini walaupun kita tahu bahawa proses undang-undang ini adalah mahal dan bakal mengambil masa yang lama sebelum penyelesai­an dapat dicapai. Namun kita perlu mempertaha­nkan hasil komoditi negara.

“Tindakan undang-undang ini memerlukan persediaan yang rapi dan teliti. Hal ini kerana dokumen yang diperlukan untuk penghujaha­n memerlukan penyelidik­an yang teliti serta perbincang­an berjam-jam dalam kalangan panel yang ditugaskan.

“Setakat ini, tiada sekatan lain dikenakan oleh EU terhadap minyak sawit, bagaimanap­un kempen anti-minyak sawit yang dilakukan negara barat menjejaska­n imej minyak sawit di mata pengguna di Eropah untuk tempoh jangka masa sederhana hingga jangka masa panjang,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia