Berita Harian

Jualan bazar Ramadan, Aidilfitri cecah RM2.4 bilion

Selangor catat jumlah urus niaga tertinggi, pekerja paling ramai

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

mahanum_aziz@bh.com.my

Nilai jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri pada 2022 merekodkan RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan, demikian mengikut hasil laporan julung kalinya dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata penemuan laporan itu adalah berdasarka­n kajian yang dijalankan oleh DOSM bermula pada 3 hingga 29 April 2022, yang meliputi semua bazar yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau berkata, dari segi pengumpula­n data, kaedah yang digunakan ialah temu ramah secara bersemuka, pemerhatia­n dan panggilan telefon.

“Selain itu, DOSM juga menggunaka­n data pentadbira­n yang diperoleh daripada PBT,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut hasil kajian itu, Ketua Perangkaan Malaysia berkata, Selangor mendominas­i nilai jualan bagi bazar Ramadan dan Aidilfitri dengan merekodkan sebanyak RM600 juta dengan bilangan pekerja seramai 31,563 orang, kemudian diikuti oleh Kuala Lumpur dengan RM400 juta (10,993 pekerja) dan Johor, RM300 juta (22,423 pekerja).

Beliau berkata, ketiga-tiga negeri itu menyumbang 55.5 peratus kepada nilai jualan keseluruha­n.

“Di peringkat daerah pentadbira­n, Petaling mencatatka­n nilai jualan tertinggi dengan RM230.2 juta, diikuti oleh Johor Bahru, RM126.3 juta dan Ulu Langat, RM117.9 juta,” katanya.

Ketua Perangkawa­n Malaysia dalam ulasannya turut menyatakan bahawa penemuan utama bazar Ramadan menunjukka­n Selangor mencatatka­n nilai jualan tertinggi sebanyak RM527.4 juta, diikuti Kuala Lumpur RM359.2 juta dan Johor RM257.4 juta.

Seterusnya bagi peringkat daerah pentadbira­n, beliau berkata, Petaling merekodkan nilai jualan tertinggi sebanyak RM213.8 juta, sementara Johor Bahru adalah kedua tertinggi iaitu RM113.6 juta dan diikuti oleh Ulu Langat, RM110.6 juta.

Sementara itu, Selangor mencatatka­n bilangan pekerja bazar Ramadan tertinggi iaitu seramai 27,078 orang, diikuti oleh Johor 20,326 orang dan Perak 11,126 orang.

Bagi peringkat daerah pentadbira­n, Petaling mencatatka­n bilangan pekerja tertinggi iaitu seramai 8,448 orang, Johor Bahru adalah kedua tertinggi dengan 8,110 orang, diikuti oleh Ulu Langat, 5,497 orang.

Sementara itu, bagi prestasi bazar Aidilfitri, Selangor mencatatka­n jumlah nilai jualan tertinggi iaitu RM115.8 juta, kemudian diikuti oleh Melaka RM66.7 juta dan Johor, RM44.4 juta.

Di peringkat daerah pentadbira­n, Melaka Tengah mencatatka­n nilai jualan tertinggi iaitu sebanyak RM61.8 juta, diikuti Klang RM59.4 juta dan Seberang Perai Utara RM23.5 juta.

Dari segi jumlah pekerja, Selangor mencatatka­n jumlah pekerja tertinggi bagi bazar Aidilfitri iaitu seramai 4,485 orang, sementara Melaka adalah yang kedua dengan 4,215 orang dan Terengganu 2,442 orang.

Bagi peringkat daerah pula, Melaka Tengah mencatatka­n bilangan pekerja tertinggi iaitu seramai 3,838 orang, Klang pula kedua tertinggi dengan 2,754 orang, dan diikuti oleh Kuala Terengganu seramai 968 orang.

Di peringkat daerah pentadbira­n, Petaling mencatatka­n nilai jualan tertinggi dengan RM230.2 juta, diikuti oleh Johor Bahru, RM126.3 juta dan

Ulu Langat, RM117.9 juta Mohd Uzir Mahidin,

Ketua Perangkawa­n Malaysia

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia