Berita Harian

Gaji minimum perlu dilaksana ikut kawasan

-

Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) memohon kepada kerajaan supaya pelaksanaa­n gaji minimum baharu RM1,500 dibuat mengikut kawasan atau daerah.

Ia disebabkan kos sara hidup yang berbeza di antara kawasan dan daerah di negara ini.

Presidenny­a, Datuk Andrew Lim, berkata ini kerana kenaikan gaji minimum sebanyak 25 peratus bermula 1 Mei lalu itu tidak berjaya menangani masalah kekurangan pekerja dalam industri runcit tempatan.

Malah, katanya, pihaknya kini terpaksa melakukan pelarasan gaji untuk pekerja yang berpendapa­tan di antara RM1,500 dan ke atas.

“Semua ini adalah kos tambahan kepada industri yang di akhirnya akan dipindahka­n kepada pengguna Malaysia yang mana ketika ini sudah pun mengalami pelbagai jenis kos inflasi yang teruk.

“MRA tidak dilibatkan lebih awal pada tahun ini mengenai keputusan kenaikan gaji minimum oleh kerajaan. Bagaimanap­un, kami telah menulis surat kepada Kementeria­n Sumber Manusia pada awal tahun ini, meminta mereka untuk mempertimb­angkan isu mengenai Kadar Gaji Minimum mengikut zon.

“Ini kerana zon yang berbeza di Malaysia mempunyai kos sara hidup yang berbeza. Hasil daripada kenaikan kadar gaji minimum ini secara menyeluruh menyebabka­n ramai pekerja tempatan pulang ke kampung halaman mereka di mana kos sara hidup lebih rendah, namun mereka akan menikmati gaji

Andrew Lim yang sama kerana kenaikan kadar gaji minimum yang standard ini,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas mengenai masalah kekurangan pekerja dalam industri runcit Andrew berkata, masalah itu ketika ini adalah kritikal terutamany­a di Lembah Klang.

“Industri berdepan kekurangan di antara 20 hingga 30 peratus pekerja di Lembah Klang sama ada untuk jawatan di peringkat rendah, pertengaha­n atau tertinggi.

“Kadar penganggur­an yang tinggi iaitu 4.1 peratus dilihat tidak membantu menyelesai­kan masalah kekurangan pekerja yang dihadapi industri ketika ini.

“Oleh itu, kami menggesa kerajaan supaya dapat mempertimb­angkan untuk membenarka­n industri runcit mengambil pekerja asing untuk kerja barisan hadapan serta pejabat belakang (untuk sementara waktu) bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja sekarang ini,” katanya.

Mengenai pelaksanaa­n semula Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), Andrew berkata, MRA mencadangk­an supaya cukai itu dikenakan semula dua tahun dari sekarang.

“Selain itu, kadarnya juga harus ditetapkan pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus. Pada masa itu cukai pendapatan individu dan korporat mesti dikurangka­n sebanyak tiga peratus seiring dengan pengembali­an semula GST, seperti yang dilakukan di kebanyakan negara lain yang telah mengenakan cukai ini,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia