Berita Harian

Pengecuali­an SST kereta wajar dilanjut hingga Mac 2023

-

Enam persatuan pengedar kereta baharu dan terpakai menggesa kerajaan melanjutka­n sepenuhnya insentif pengecuali­an cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) sehingga 31 Mac 2023.

Presiden Persekutua­n Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Datuk Tony Khor Chong Boon, berkata lanjutan penuh bukannya sekadar tertakluk kepada tempahan dibuat sehingga akhir bulan ini dan pendaftara­n sebelum 1 April 2023 penting untuk membantu melancarka­n urusan pembelian pengguna.

Katanya, lanjutan sepenuhnya juga penting kerana pengedar sudah menerima lebih 200,000 tempahan dan sukar untuk mereka menguruska­n permintaan dalam tempoh singkat.

“Jika kerajaan hanya menawarkan insentif untuk tempahan sehingga akhir Jun ini dan pendaftara­n sebelum 1 April 2023, ia boleh menyusahka­n pengedar dan pelanggan.

“Tempoh kurang sembilan hari yang berbaki untuk membuat tempahan tidak cukup kepada pelanggan membuat pilihan yang tepat. Kita bimbang akan ada perubahan saat akhir (model yang ditempah) di mana akan menyusahka­n semua,” katanya kepada BH.

Chong Boon berkata, lanjutan penuh juga penting kerana banyak tempahan semasa yang tertunggak susulan isu gangguan rantaian bekalan global, di mana keadaan sedemikian dijangka berterusan sehingga akhir tahun ini.

“Anggaran semasa kami menunjukka­n bahawa sekurang-kurangnya 80,000 pesanan jualan akan terjejas jika lanjutan tidak diberikan.

“Ini memberi kesan kepada keseluruha­n industri secara keseluruha­n kerana kenaikan harga akan mengakibat­kan pembatalan jualan untuk kereta baharu yang menyebabka­n kesan rantai pada kereta terpakai.

“Statistik kami menunjukka­n bahawa 67 peratus daripada jualan kereta baharu menghasilk­an pertukaran kenderaan lama mereka,” katanya.

Selain FMCCAM, lima lagi persatuan terbabit adalah Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Persatuan Pengedar Honda Malaysia (HDAM), Majlis Pengedar Toyota Malaysia, Persatuan Pengedar Proton Edar (PEDA) dan Persatuan Pengedar Perodua.

Terdahulu, menerusi surat kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertarikh 31 Mei lalu, enam persatuan terbabit mengemukak­an permintaan untuk kerajaan melanjutka­n tempoh pengecuali­an cukai sehingga 30 Jun 2023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia