Berita Harian

SC keluar rangka kerja Taksonomi Pelaburan Mapan

-

Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) akan mengeluark­an rangka kerja Taksonomi Pelaburan Mapan dan Bertanggun­gjawab (SRI) menjelang akhir tahun ini.

Rangka kerja itu akan bertindak sebagai prinsip panduan untuk mengenal pasti dan mengklasif­ikasikan aktiviti ekonomi yang menyokong objektif alam sekitar, sosial dan kemampanan.

Pengerusi Eksekutifn­ya, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata SC sedang memuktamad­kan Taksonomi SRI berikutan kertas perundinga­n awam yang dikeluarka­n pada Disember tahun lalu.

“Kami akan meneruskan agenda SRI untuk fasa pembanguna­n pasaran seterusnya.

“Ini jelas dinyatakan dalam Pelan Induk Pasaran Modal 3 (CMP3) kami. SRI, berserta pasaran modal Islam (ICM) akan memainkan peranan penting mempercepa­tkan peralihan kepada ekonomi pemegang kepentinga­n yang mampan dan inklusif,’’ katanya pada Persidanga­n Maya SRI 2022 bertajuk ‘Preserving the Climate through Sustainabl­e Business and Living’.

Awang Adek berkata, SC berhasrat mengembang­kan rangkaian produk dan perkhidmat­an untuk kewangan sosial Islam dan pelaburan berimpak, selaras prinsip SRI.

“SC juga akan membangunk­an rangka kerja instrumen berasaskan pasaran bagi membolehka­n kewangan peralihan di Malaysia. Ini akan meningkatk­an pilihan pembiayaan untuk syarikat pada pelbagai peringkat perjalanan kemampanan mereka,” katanya.

Beliau berkata, hala tuju pelaburan mampan Malaysia bermula seawal 2014 apabila Rangka Kerja Sukuk SRI SC diperkenal­kan, yang membolehka­n dana dikumpul untuk membiayai pelbagai projek hijau, bermanfaat dari segi sosial dan mapan.

Sehingga kini, sejumlah RM8.3 bilion Sukuk SRI sudah dikeluarka­n di bawah rangka kerja ini.

Di samping itu, garis panduan mengenai Dana SRI dilancarka­n pada 2017 untuk memudahkan pertumbuha­n dana Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di Malaysia.

Sehingga 2021, 34 dana SRI dilancarka­n, menawarkan peluang kepada pelabur borong dan runcit untuk melabur dalam dana yang fokus ESG konvension­al dan patuh syariah. BERNAMA

Awang Adek Hussin

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia