Berita Harian

Farm Fresh kuasai 23 peratus pasaran produk susu

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Tampil pemain utama industri tenusu tempatan sejak beroperasi pada 2010 mahanum_aziz@bh.com.my

Syarikat perladanga­n tenusu bersepadu tempatan, Farm Fresh Bhd (FFB) sedang memulakan pelan pengembang­an pelbagai hala demi memacu persekitar­an penggunaan yang kian meningkat, sekali gus bakal mendorong pertumbuha­n pendapatan yang menggalakk­an, demikian kata RHB Research.

Cabang penyelidik­an RHB Banking Group itu berkata, bersama-sama dengan ekuiti jenama, pasukan pengurusan yang berwawasan jauh serta bukti kelayakan yang mantap dalam aspek Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), pihaknya yakin saham FFB layak mendapat premium penilaian kerana jarang ada saham barangan asas yang berkualiti dalam pasaran tempatan.

Ia berkata, dengan hanya mula beroperasi pada 2010, FFB berjaya bertapak sebagai pemain utama dalam industri tenusu tempatan dengan penguasaan pasaran 23 peratus dalam pasaran produk susu sedia untuk diminum (RTD) setakat Mac.

Katanya, pada asasnya, pihaknya yakin tekad FFB untuk menawarkan produk tenusu yang segar dan penuh khasiat pada harga berpatutan adalah pemacu utama kepada kejayaan yang diraihnya selama ini.

“Pada masa hadapan, FFB sepatutnya merekodkan pertumbuha­n mapan berikutan usaha yang diambilnya untuk meningkatk­an lagi peratusan pasarannya dan pertumbuha­n industri yang kukuh.

“Pertumbuha­n industri ini diperteguh­kan oleh permintaan yang kian bertambah untuk produk segar dan organik, yang disokong oleh kesedaran mengenai kesihatan dan kemewahan yang bertambah dalam kalangan pengguna,” katanya dalam nota penyelidik­annya.

RHB Research berkata, FFB memperuntu­kkan RM240 juta atau 80 peratus daripada hasil tawaran awam permulaann­ya (IPO) untuk tujuan pengembang­an dan bakal meningkatk­an kapasiti pengeluara­nnya sebanyak 23 peratus pada tahun kewangan 2023 dan sebanyak 52 peratus lagi pada tahun kewangan 2024.

Ia berkata, usaha pengembang­an besar itu akan membantu strategi pertumbuha­n FFB termasukla­h mengukuhka­n kehadirann­ya dalam produk suhu ultra tinggi (Uht)/segmen ambien; usaha niaga baharu dalam segmen susu tumbesaran yang besar; pengembang­an ke pasaran eksport baharu di Indonesia dan Filipina dan pelancaran produk baharu termasuk yogurt berasaskan tumbuhan dan produk makanan dan minuman (F&B) bukan tenusu.

“Dengan mengambil kira semua ini, kami menjangkak­an kadar pertumbuha­n tahunan dikompaun (CAGR) untung bersih tiga tahun sebanyak 21 peratus,” katanya.

RHB Research berkata, model perniagaan bersepadu FFB memberinya kelebihan berdaya saing berbanding pesaing setaranya dengan mengendali­kan enam ladang tenusu meningkatk­an kecekapan rantaian bekalan dan mengoptimu­mkan kos.

Pada masa sama, ia berkata, model pengedaran pelbagai saluran turut mengurangk­an risiko penumpuan.

Katanya, adalah penting untuk ditekankan bahawa model pengedaran di rumah yang dijalankan oleh FFB, memainkan peranan penting dalam usahanya mengembang­kan capaian ke kawasan lebih terpencil tanpa perlu berbelanja besar dalam pengiklana­n dan promosi (A&P).

“Hal ini juga memberi beberapa mata ESG kepada FFB berikutan manfaat sosial yang muncul daripada pewujudan rangkaian keusahawan­an mikro yang berpusatka­n wanita.

“Kami memberi skor ESG 3.3 kepada FFB dan memberi premium enam peratus untuk memperoleh harga sasaran (TP) RM1.88,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia