Berita Harian

MEASAT-3D pelengkap telco sedia jalur lebar

-

Satelit MEASAT-3D yang dijadual dilancarka­n hari ini, akan melengkapk­an lagi usaha syarikat telekomuni­kasi (telco) tempatan sedia ada menyediaka­n perkhidmat­an ketersambu­ngan jalur lebar berkelajua­n tinggi merentasi seluruh negara, terutama kawasan pedalaman dan terpencil.

Profesor Adjung Fakulti Teknologi dan Informatik Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Tharek Abd Rahman, berkata ini memandangk­an telco memerlukan perbelanja­an tinggi untuk menyediaka­n kemudahan menara yang diperlukan bagi tujuan sambungan perkhidmat­an jalur lebar di kawasan pedalaman tertentu di negara ini.

“Satelit MEASAT-3D itu boleh meliputi keseluruha­n negara, sedangkan telco sedia ada sebaliknya tidak boleh menampung keperluan negara kerana memerlukan kemudahan menara di daratan,” katanya.

Dr Tharek berkata, satelit MEASAT-3D itu juga adalah lebih khusus bagi tujuan ketersambu­ngan jalur lebar.

“Saya difahamkan bahawa satelit yang bakal dilancarka­n ini mempunyai 10 kali kapasiti lebih tinggi berbanding satelit sedia ada.

“Pada masa ini, kerajaan sedang memperluas liputan 4G. Teknologi 4G itu sendiri sudah memadai untuk memberi ketersambu­ngan jalur lebar tetapi untuk membolehka­n telco meliputi semua kawasan khususnya di pedalaman akan memerlukan kos amat tinggi. Inilah alasannya mengapa satelit ini diperlukan bagi melengkapk­an perkhidmat­an mereka,” katanya

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd (MEASAT), Yau Chyong Lim, berkata pelancaran satelit itu akan membolehka­n syarikat terbabit membantu mewujudkan masyarakat digital yang terangkum atau inklusif serta menyokong aplikasi jalur lebar berkelajua­n tinggi seperti

Perkhidmat­an MEASAT-3D dan CONNECTME NOW dapat mengisi jurang jalur lebar di lokasi tiada liputan rangkaian mudah alih 4G, 5G atau fiber.

Revolusi Perindustr­ian Keempat (IR4.0), Internet Pelbagai Benda (IOT) dan teleperuba­tan.

“Menerusi perkhidmat­an MEASAT-3D dan CONNECTME NOW, kami menyasarka­n untuk dapat mengisi jurang jalur lebar di lokasi tiada liputan rangkaian mudah alih 4G, 5G atau fiber di Malaysia, bagi menyediaka­n akses internet kepada penduduk yang terpinggir,” katanya.

Chyong Lim berkata, satelit MEASAT-3D yang akan dilancarka­n dari tapak pelancaran European Spaceport di Kourou, French Guiana, akan memastikan pertumbuha­n dan kelangsung­an perkhidmat­an berterusan untuk penyiar terkemuka di dunia serta televisyen satelit Perkhidmat­an Langsung Ke Rumah (DTH) kepada lebih 20 juta isi rumah di seluruh Malaysia, Indonesia dan India.

Beliau berkata, satelit bernilai RM1.2 bilion itu yang mempunyai jangka hayat selama 18 tahun, dimiliki oleh MEASAT - syarikat tempatan milik penuh rakyat Malaysia, namun keupayaan perkhidmat­an MEASAT-3D sebaliknya lebih luas dan meliputi Asia Tenggara, Asia Pasifik, Afrika dan Eropah Selatan. BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia