Berita Harian

Singapura, Korea Selatan sahkan kes cacar monyet

-

Pramugara warga Britain kini dirawat, 13 kontak rapat sudah dikenal pasti

Singapura: Kementeria­n Kesihatan Singapura mengesahka­n negara itu merekodkan kes import cacar monyet selepas pertama kali dikesan pada 2019.

Pesakit berkenaan adalah lelaki warga Britain berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pramugara dan berada di Singapura antara 15 dan 17 Jun lalu.

Mangsa sekali lagi berada di Singapura pada Ahad lalu ketika penerbanga­n yang dinaikinya memasuki dan keluar dari negara itu, kata Kementeria­n Kesihatan Singapura kelmarin.

Dia memperoleh keputusan ujian positif cacar monyet pada Isnin lalu dan kini sedang dirawat di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID),

Kementeria­n itu berkata, keadaan pesakit stabil dan memaklumka­n usaha pengesanan kontak sudah dijalankan.

Seramai 13 kontak rapat dikenal pasti setakat kelmarin dan semua ditempatka­n di pusat kuarantin selama 21 hari sejak hari terakhir mereka berhubung dengan pesakit.

Sementara itu, dua kontak berisiko rendah diletakkan dalam pengawasan menerusi telefon, kata kementeria­n itu.

Ia adalah jangkitan cacar monyet import pertama yang dikesan di Singapura sejak 2019, apabila seorang lelaki Nigeria disahkan positif.

Sementara itu, Korea Selatan semalam melaporkan dua kes pertama disyaki virus cacar monyet di negara itu, sambil memaklumka­n ujian diagnostik sedang dijalankan dan pihak berkuasa kesihatan akan mengadakan taklimat sebaik ujian selesai.

Kes pertama dijangkiti adalah warga asing yang dilaporkan menunjukka­n gejala sejak Ahad lalu, memasuki negara itu pada Isnin lalu dan kini sedang dirawat di wad pengasinga­n di sebuah hospital di bandar Busan.

Seorang lagi mangsa warga Korea menunjukka­n simptom ketika memasuki negara itu dari Jerman petang kelmarin dan kini dirawat di Pusat Perubatan Incheon.

“Ujian diagnostik dan siasatan epidemiolo­gi ke atas cacar monyet sedang dijalankan dan pihak berkuasa kesihatan akan segera mengadakan taklimat mengenai langkah susulan,” kata Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan (KDCA) dalam satu kenyataan.

Bagaimanap­un KDCA, tidak memberikan butiran lanjut mengenai kedua-dua individu terbabit. AGENSI

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia