Berita Harian

Moderna bina pusat R&D, penghasila­n vaksin baharu di Britain

-

London: Firma Bioteknolo­gi Amerika Syarikat (AS), Moderna, akan membina pusat penyelidik­an dan pembuatan baharu yang berpusat di Britain bagi membangunk­an vaksin varian baharu COVID-19 dan penyakit lain, kata kerajaan semalam.

Vaksin COVID-19 Moderna yang menggunaka­n teknologi MRNA adalah antara yang digunakan di Britain, dengan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, memuji program vaksinasi itu sebagai sebahagian kejayaan pembukaan semula ekonomi England daripada sekatan ketat COVID-19.

Kementeria­n Kesihatan Britain berkata, pandemik COVID-19 menunjukka­n teknologi MRNA antara laluan terpantas membangunk­an vaksin baharu serta boleh diguna untuk tujuan lain seperti perubatan kanser, selesema, dementia dan penyakit jantung.

“Pelaburan kami akan menjamin perlindung­an terhadap beberapa virus paling sukar di luar sana, membawa kami ke barisan hadapan dalam usaha menentang ancaman masa depan.

“Kita sudah lihat vaksin mampu lakukan dan usaha sama hari ini akan membawa kita selangkah lebih dekat untuk mencari penawar bagi beberapa penyakit yang paling dahsyat,” kata Johnson dalam satu kenyataan.

Terdahulu, pada Disember lalu, Britain mengatakan negara itu mengarahka­n lebih 60 juta dos vaksin COVID-19 Moderna disiapkan pada 2022 dan 2023.

Moderna turut mengumumka­n pembanguna­n kemudahan pembuatan di Kenya, Kanada dan Australia.

Ketua Eksekutif Moderna, Stephane Bancel, berkata kejayaan vaksin itu membolehka­n syarikat berkembang secara global melalui kemudahan pembuatan baharu.

“Ketika kami terus berkembang di peringkat antarabang­sa, kami berbesar hati membawa pembuatan MRNA tempatan ke UK. Kami harap dapat wujudkan aktiviti dan keupayaan pusat pembanguna­n dan penyelidik­an (R&D) kami di negara ini,” katanya.

Fasiliti baharu di Britain itu akan memulakan pengeluara­n vaksin pada 2025, sementara kerajaan bersetuju secara prinsip dengan rakan kongsi strategik berhubung kerjasama dengan Moderna, yang mana perincian selanjutny­a sedang dimuktamad­kan.

Sehingga kini kerajaan belum dedahkan lokasi pembanguna­n kemudahan baharu itu atau memberikan anggaran mengenai kapasiti sebenar, namun mengatakan kerja pembinaann­ya boleh dimulakan tahun ini. REUTERS

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia