Berita Harian

Lebih 900 maut gempa bumi di Afghanista­n

-

Jumlah korban dijangka terus meningkat, lebih 600 cedera

Kabul: Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter yang menggegark­an timur Afghanista­n mengorbank­an sekurang-kurangnya 950 nyawa semalam, kata pegawai pengurusan bencana, dengan lebih 600 cedera dan jumlah korban dijangka terus meningkat.

Media Afghanista­n memaparkan rakaman runtuhan kediaman dengan mayat bergelimpa­ngan di atas tanah.

Helikopter dikerahkan dalam usaha menyelamat mangsa cedera selain terbang membawa bekalan perubatan dan makanan, kata seorang pegawai Kementeria­n Dalam Negeri, Salahuddin Ayubi.

"Jumlah kematian mungkin meningkat kerana beberapa kampung berada di kawasan terpencil di pergununga­n dan ia akan mengambil sedikit masa untuk mengumpul butiran,” katanya.

Gempa itu disifatkan paling dahsyat sejak 2002. Ia melanda kira-kira 44 kilometer (km) dari tenggara bandar Khost, berhampira­n sempadan dengan Pakistan, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGC).

Kebanyakan kematian yang disahkan adalah di daerah Barmal, Ziruk, Naka dan Gayan di wilayah

Usaha menyelamat giat dilakukan susulan gempa bumi dengan magnitud 6.1 pada skala Ricther yang menggegark­an timur Afghanista­n, semalam.

 ?? (Foto Agensi) ??
(Foto Agensi)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia