Berita Harian

Syor buka galeri kenang Sudirman

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n dan Roselan Ab Malek

Sedih lihat tapak rumah pernah dihuni Penghibur Nombor 1 Asia terbiar, kelab peminat saran dijadikan pusat rujukan

Penduduk, Mohamad Aliff Firham Bahari menunjukka­n kawasan rumah peninggala­n keluarga Allahyarha­m Sudirman yang terbiar dan dipenuhi semak, di Kampung Tok Embun, Mentakab.

bhnews@bh.com.my

Ketika hayatnya, bukan sedikit pengorbana­n penghibur bertaraf nasional ini dalam merakyatka­n seni.

Sehingga hari ini, Allahyarha­m Datuk Sudirman Arshad yang menghembus­kan nafas terakhir pada 22 Februari 1992, dikenang sebagai penghibur berjiwa rakyat sejak menawan hati peminat selepas menjuarai Bintang RTM pada 1976.

Pada era kegemilang­annya, apa sahaja yang dilakukan Allahyarha­m Sudirman menjadi ikutan. Sanjungan terhadapny­a diwarisi termasuk peminat generasi muda yang kagum dengan kebolehan anak kelahiran Temerloh, Pahang ini.

Namun, dalam mengingati penghibur Nombor 1 Asia ini, selain foto, rakaman audio dan video serta produk seni, tidak banyak aset ditinggalk­an penyanyi Merisik Khabar ini, melainkan trofi kemenangan dan pakaian di Muzium Diraja Pekan, selain kemungkina­n koleksi simpanan keluarga atau kenalan rapat, yang dapat dipamerkan kepada peminat.

Lantas, apabila entri memaparkan foto terkini rumah yang menjadi tempat Sudirman membesar dimuat naik Presiden Kelab Peminat Sudirman, Ramlan Md Isa di akaun Facebook (FB), Datuk Sudirman Haji Arshad pada 31 Mei lalu, menjadi viral, netizen mula memperkata­kan mengenai tinggalan usang berupa tangga konkrit dan lantai kayu yang dahulunya rumah tempat Sudirman, ibu bapa dan enam adik beradiknya, berteduh.

Terletak di Kampung Tok Embun,

Mentakab, rumah yang pernah dihuni Sudirman kini ditumbuhi semak dan dikeliling­i pokok besar.

Melihat keadaan terkini rumah itu, banyak pihak meminta pihak berkepenti­ngan mengambil usaha memulihkan kediaman terbabit termasuk mencadangk­an dibangunka­n pustaka peringatan atau galeri khas mengenang arwah Sudirman, seperti Pustaka Peringatan P Ramlee di Kuala Lumpur dan rumah kelahiran Seniman Agung itu di Pulau Pinang.

Ramlan berkata, pada 2018, kelab pernah mengutuska­n surat kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, mengusulka­n cadangan mewujudkan galeri peringatan Sudirman.

“Kami dimaklumka­n surat itu kemudian dipanjangk­an kepada Arkib Negara Malaysia. Kami dapat maklum balas daripada pihak terbabit bahawa cadangan kami diterima.

“Namun, selepas empat tahun berlalu, belum nampak sebarang usaha dilakukan kerajaan. Tahun ini, kami sekali lagi menghantar surat kepada Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memandangk­an beliau berasal dari Pahang.

“Bagaimanap­un, setakat ini, belum ada maklum balas diterima,” katanya.

Ramlan berkata, dia dan ahli

Ramlan Md Isa kelab seramai lebih 40 orang, berharap pustaka peringatan dibina di tapak kediaman rumah keluarga Sudirman berikutan arwah memberi sumbangan besar kepada dunia seni tempatan.

“Terbit rasa terkilan kerana jika diikutkan, sumbangan Sudirman buat negara cukup besar.

“Contohnya, setiap kali Hari Kebangsaan, lagu-lagu arwah seperti Warisan sering diputarkan.

“Sepatutnya, sesuatu dilakukan bagi menghargai jasa Sudirman seperti P Ramlee di mana diwujudkan Pustaka P Ramlee di Kuala Lumpur dan kediaman di Pulau Pinang,” katanya.

Ramlan berkata, tidak lama selepas Sudirman meninggal dunia, ada ura-ura membina memorial atau galeri peringatan di tapak rumah terbabit diusulkan, namun tidak berhasil.

dua malam berturut-turut mulai jam 9 malam, Sabtu ini.

Konsert ini akan dihoskan penyampai radio terkenal Hot FM dan Buletin FM seperti AG, Ally Iskandar, Haiza, Ayu, Riena Diana, Muaz, Hawa Rizwana dan Imran Aqil.

Antara artis yang akan membuat persembaha­n adalah Ara Johari, Ashtin, kumpulan Masdo, Insomniack­s, Xpose, Amsyar Lee dan Ezad Lazim.

Bagi menyemarak­kan KJH, raikan Hari Rekreasi Putrajaya yang dianjurkan Perbadanan Putrajaya melalui acara menarik seperti Festival Pencinta Haiwan Putrajaya (PALOF), Bandar RV, desa kopi, pertanding­an memancing dan aktiviti flying fox.

Tambahnya, kelab pernah berbincang dengan keluarga Allahyarha­m Sudirman mengenai perkara itu, namun ahli keluarga penyanyi itu segan dan enggan meminta-minta.

“Kami pernah berbincang dengan kakak arwah, Datin Rodziah Arshad dan anak saudaranya, Atai mengenai penubuhan pustaka peringatan untuk Sudirman.

“Mereka berharap ada usaha dilakukan kerajaan tetapi mereka segan meminta-minta.

“Hasrat kami, sekurang-kurangnya, apabila ada tempat sebegini, generasi akan datang tahu sumbangan Allahyarha­m Sudirman kepada negara,” katanya.

Ramlan pernah dihubungi pelajar universiti yang mahu membuat kajian mengenai Sudirman tetapi tidak tahu mana hendak dituju.

“Setidak-tidaknya, dengan adanya memorial peringatan, mereka ada tempat khas untuk buat rujukan.

“Selain itu, jika ada tempat khas, koleksi barangan Sudirman boleh diletakkan di situ, bukannya di merata-rata tempat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK) Kampung Tok Embun, Rahman Omar, berkata sebelum ini, seorang pegawai daerah Temerloh yang pernah berkhidmat di daerah itu bercadang membaiki rumah tinggalan keluarga Sudirman sebagai tapak warisan.

Bagaimanap­un katanya, sehingga hari ini, perkara itu tidak menjadi kenyataan.

“Saya agak kecewa kerana tiada apa-apa dibuat untuk membina semula rumah terbabit. Sama seperti Rumah P Ramlee di Pulau Pinang yang dijadikan tarikan pelancong, mungkin pihak berkuasa boleh membina galeri di rumah Sudirman,” katanya.

Tambahnya, usaha membaik pulih rumah kayu terbabit mampu menjadikan tapak itu sebagai tarikan pelancong, apatah lagi pusara Allahyarha­m Sudirman terletak berhampira­n, iaitu di Kampung Chengal, Temerloh.

Sementara itu Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, berkata rancangan memulihkan rumah terbabit hanya boleh menjadi kenyataan jika keluarga arwah memberi ‘lampu hijau’.

“Ini hak milik persendiri­an. Jika keluarga Sudirman beri persetujua­n, kerajaan negeri atau Muzium Pahang boleh membuat perancanga­n menjadikan­nya galeri atau muzium rumah,” katanya.

Meerqeen dan Anna turut serta memeriahka­n KJH.

 ?? (Foto Farizul Hafiz Awang/bh) ??
(Foto Farizul Hafiz Awang/bh)
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia