Berita Harian

Karnival Jom Heboh kembali

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n

Acara padang terbesar anjuran MPB sedia pelbagai acara menarik selaras fasa peralihan endemik bhnews@bh.com.my

Peluang menikmati pemandanga­n pusat pentadbira­n negara, Putrajaya melalui belon panas dan konsert yang dianjurkan dua malam menjadi antara keseronoka­n menanti pengunjung Karnival Jom Heboh (KJH) di Anjung Floria, Putrajaya, mulai Sabtu ini.

Kembali dengan edisi terbaru selaras fasa peralihan endemik, acara kegemaran ramai, KJH kali ini dibawakan pengendali perkhidmat­an bayaran elektronik, Duitnow sempena Hari Rekreasi Putrajaya.

Seawal jam 8 pagi, acara padang tahunan anjuran Media Prima Berhad (MPB) ini dimeriahka­n dengan pelbagai aktiviti di reruai membabitka­n TV3, TV9, Didiktv, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, OH BULAN, SEISMIK,

“Saya tak mahu orang lain... Syahmi sahaja.”

Itu jawapan pelakon komedi dan Youtuber popular, Yoe Parey apabila ditanya keterbuka-an membintang­i naskhah selain arahan sahabatnya, Syahmi Sazli.

Yoe yang tampil dengan filem baharu arahan Syahmi dan Senibayan iaitu 35mm memberitah­u, dia menolak tawaran daripada penerbit lain.

“Orang lain pernah datang ke rumah pujuk saya, tetapi saya tidak mahu... Saya tolak.

“Saya fikirkan Syahmi sahaja. Saya selesa berlakon dengan Syahmi sebab dia kenal saya bertahun-tahun. Kalau orang lain tanya, saya senyap terus,” kata-nya pada majlis mempromosi­kan filem 35mm di sebuah premis acara di ibu negara, kelmarin.

Turut hadir pemenang trofi Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Asif Suhaimi.

Yoe berkata, soal bayaran bukanlah isu utama kerana dia berlakon disebabkan minat.

VOCKET, Waktu Solat Malaysia, WOWSHOP dan tonton.

Pelbagai aktiviti menarik, termasuk penampilan istimewa barisan selebriti popular tanah air menanti pengunjung.

Perkhidmat­an belon panas yang membolehka­n orang ramai meninjau persekitar­an Putrajaya ditawarkan pada harga murah melalui penggunaan aplikasi Duitnow.

Kemeriahan KJH diteruskan dengan promosi hebat pada harga yang tiada tandingan. Tambah menarik, pengunjung terawal berpeluang mendapatka­n hadiah istimewa daripada KJH.

Lebih istimewa, pengunjung berpeluang beramah mesra dengan artis di reruai MPB. Antara artis yang turut serta adalah barisan pelakon drama Melur Untuk Firdaus dan Risik Pada Hati iaitu Meerqeen, Anna Jobling, Zara Zya, Ummi Nazeera serta Sophia Albarakbah.

Pengunjung berpeluang menghabisk­an hujung minggu bersama ahli keluarga dengan aktiviti santai seperti Karaoke Muzik-muzik serta bergambar dan bermesra dengan maskot Alif & Sofia dan Hang Omar Timor.

Tidak ketinggala­n, siaran langsung program Borak Kopitiam, Wanita Hari Ini (WHI) dan Melodi yang membawa kemeriahan KJH kepada semua penonton TV3.

Bagi peminat muzik, KJH mempersemb­ahkan konsert legenda, Konsert Jom Heboh yang pasti memeriahka­n malam minggu anda. Konsert ini berlangsun­g

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia