Berita Harian

Bintang Porto perkuat The Gunners

-

London: Arsenal melengkapk­an pembelian pemain tengah Porto, Fabio Vieira dengan nilai 40 juta euro (RM185.33 juta) kelmarin. Pemain berusia 22 tahun itu muncul sebagai seorang daripada bintang paling berbakat Eropah selepas digilap sistem pemain remaja Portugal.

Dia memainkan peranan penting membantu Porto meraih dua kejuaraan domestik musim lalu, menjaringk­an tujuh gol dan 16 bantuan jaringan dalam semua kejohanan. Sambil memuji pemain ketiga ditandatan­gani Arsenal pada fasa perpindaha­n kali ini, pengurus The Gunners, Mikel Arteta berkata: “Saya sangat teruja kami mengenal pasti dan menandatan­gani

Sadio Mane bakat yang begitu istimewa. Fabio ialah pemain yang sangat kreatif yang akan membawa kualiti tinggi dan kepelbagai­an dalam cara permainan menyerang kami.”

Porto berkata minggu lalu bahawa Vieira, yang dipilih sebagai pemain terbaik Kejohanan Eropah Bawah 21 Tahun, akan berhijrah ke London dan secara prinsipnya bersetuju dengan perjanjian dicapai.

Juara Portugal itu berkata, Gunners akan membayar 35 juta euro (RM162.16 juta) buat pemain tengah itu manakala bayaran lain ialah potensi tambahan.

Arsenal tidak menyatakan tempoh kontrak tetapi kenyataan Porto menyatakan ia membabitka­n kontrak lima tahun. Arteta mahu menambah kreativiti dalam skuadnya selepas Arsenal terlepas aksi Liga Juara-juara musim lalu. AFP

Pengurus Arsenal

Tuchel minat Richarliso­n Chelsea serius untuk mendapatka­n pemain Everton, Richarliso­n musim panas ini. Laporan mengatakan bahawa pemain antarabang­sa Brazil itu amat mengagumi ketua juruatih Blues, Thomas Tuchel. Difahamkan Tuchel menyukai penampilan fizikal Richarliso­n dan percaya pemain berusia 25 tahun itu akan menyerlah di bahagian serangan Chelsea.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia