Berita Harian

Mintah sertai KL City

-

Kuala Lumpur: Bukan lagi spekulasi, tapi sah penyerang sensasi Terengganu FC II (TFC II), Jordan Mintah menyertai juara Piala Malaysia musim lalu, KL City FC bagi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata, kelab memutuskan untuk melepaskan Mintah kepada skuad The City Boys secara pinjaman sehingga tamat musim ini.

Katanya, proses rundingan antara pihaknya dan KL City FC berjalan lancar selepas satu persetujua­n dicapai semalam bagi membenarka­n perpindaha­n pemain itu.

“Bagaimanap­un antara syarat yang dipersetuj­ui adalah KL City FC tidak boleh menurunkan pemain itu untuk aksi bertemu TFC atau TFC II sepanjang tempoh pinjaman sehingga 30 November ini.

“Mintah seterusnya akan kembali ke pangkuan TFC bagi memenuhi perjanjian kontraknya yang akan tamat pada hujung 2023,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia