Berita Harian

Selangor tolak ambil Norde

-

Kuala Lumpur: Selangor FC jelas bukan destinasi seterusnya buat bekas penyerang Melaka United FC, Sony Norde selepas pasukan itu mengesahka­n mereka tidak memburu pemain import baharu pada jendela perpindaha­n kali ini.

Situasi itu diakui pengendali The Red Giants, Michael Feichtenbe­iner yang menjelaska­n tiada sebarang perubahan buat pasukan utama memandangk­an dia gembira dengan apa yang dimilikiny­a ketika ini.

“Banyak pasukan bergelut untuk mendapat dana sepanjang tempoh COVID-19 tetapi saya gembira dengan kedudukan kewangan pasukan di mana mereka sentiasa membayar gaji tepat pada masanya.

“Jika pengurusan tiada perancanga­n untuk mengubah apa apa, kita akan kekal dengan percaturan kita dan saya percaya pada kemampuan pasukan saya. Mungkin perubahan untuk pasukan pembanguna­n tetapi buat masa ini, tiada (perubahan) untuk pasukan utama. Kita tiada bajet untuk seorang lagi pemain import. Sony adalah pemain yang bagus dan saya juga sukakannya.

“Tetapi, itu bukan perancanga­n kami ketika ini dan saya rasa kami juga tidak perlukanny­a,” kata jurulatih dari Jerman itu. Sebagai rekod, Selangor sudah pun memiliki lima pemain import untuk pasukan utama iaitu Herlison Caion, Hyuri Henrique, Yazan Al Arab, Baha Abdelrahma­n dan juga Safuwan Baharudin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia