Berita Harian

Mora paling banyak catat kemenangan

-

Kuala Lumpur: Salah satu indikator untuk membuktika­n kehebatan seorang jurulatih selain trofi yang dimenangi adalah menerusi peratus kemenangan dilakar bersama pasukan bimbingann­ya.

Jadi, BH Sukan cuba mencongak peratus kemenangan oleh 11 jurulatih Liga Super selepas 10 minggu perlawanan dan ini tidak termasuk aksi malam tadi membabitka­n Penang FC berdepan Terengganu FC (TFC).

Seorang jurulatih iaitu Zainal Abidin Hassan diketepika­n dalam senarai kali ini memandangk­an tidak adil untuk jurulatih berusia 60 tahun itu ‘diukur’ selepas baru mengendali­kan perlawanan pertama bersama Penang FC pada minggu lalu.

Selepas dihitung, seperti dijangka dua senarai teratas diungguli oleh jurulatih yang turut membawa pasukannya berada di dua kedudukan teratas Liga Super buat masa ini.

Peratus kemenangan tertinggi dalam Liga Super buat masa ini dilakar oleh pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora dengan 83 peratus hasil lima kemenangan dalam enam perlawanan - satu-satunya dengan peratus kemenangan melebih 80 peratus.

Jurulatih skuad Badak, Datuk Ong Kim Swee pula di tempat kedua apabila enam kemenangan yang dilakar dalam lapan perlawanan membolehka­n dia merakam 75 peratus kemenangan pada musim ini.

Pengendali sementara Melaka United FC (MU), Asri Ninggal yang tampak berjaya ‘menghidupk­an’ semula skuad Kancil selepas menggantik­an Risto Vidakovic melakar 66 peratus dengan dua kemenangan daripada tiga perlawanan.

Jurulatih muda yang membimbing skuad Penyu, Nafuzi Zain mencatat 60 peratus kemenangan dalam lima perlawanan sementara pengendali The Red Giants, Micheal Michael Feichtenbe­iner pula mencatat 50 peratus kemenangan.

Dua jurulatih mencatat 44 peratus kemenangan setakat ini iaitu K Devan (Negeri Sembilan) serta Aidil Sharin Sahak (Kedah Darul Aman) sementara pengendali KL City FC, Bojan Hodak yang menang empat daripada 10 perlawanan merakam 40 peratus kemenangan.

Jurulatih PJ City FC yang hanya diperkasa pemain tempatan, P Maniam mencatat peratus kemenangan sebanyak 25 peratus sementara Christophe Gamel (Sri Pahang FC) dan B Satiananth­an (Sarawak United) sekadar merakam 22 peratus kemenangan.

Peratus kemenangan ini tidak ‘mati’ di sini memandangk­an setiap kemenangan akan melonjakka­n lagi peratusann­ya - jadi kita tunggu peratus kemenangan siapakah paling tinggi selepas Liga Super berakhir nanti.

 ?? ?? Benjamin Mora
Benjamin Mora

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia