Berita Harian

‘Saya langsung tak kecewa’

-

Dari muka 48

Sementara itu, ditanya sama ada aduan yang dibuatnya itu disebabkan faktor kecewa selepas diketepika­n daripada jawatan setiausaha agung, Syed Hussain berkata: “Saya sebenarnya tidak tahu pun saya bukan lagi setiausaha agung kerana tiada satu surat pun yang diberikan kepada saya.

“Saya langsung tidak kecewa jika saya digantikan kerana saya tiada apa-apa kepentinga­n sebaliknya apa yang lebih penting adalah jalan itu betul. Saya buat semua ini kerana saya sayangkan sukan sepak takraw dan sudah 30 tahun terbabit dalam sukan ini,” katanya.

Kelmarin, Suhaili yang ditemui selepas mesyuarat agung luar biasa MSC mengesahka­n pelantikan Dr Noor Azam Samsudin sebagai setiausaha agung yang baharu dan percaya ia bukanlah sebagai isu yang berbangkit.

Beliau percaya Syed Hussain yang sebelum ini memegang jawatan itu secara sementara tidak berkecil hati dengan keputusan berkenaan.

Mengenai keputusan sama ada PESTAK akan keluar daripada MSC, Syed Hussain berkata, perkara itu belum berlaku lagi dan ketika ini pihaknya hanya menunggu penjelasan daripada PJS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia