Berita Harian

Seorang lagi pelumba Malaysia terpilih

-

Kuala Lumpur: Seorang lagi pelumba motocross negara dipilih untuk melengkapk­an empat tiket ‘wildcard’ bagi menyertai Pusingan 12 Kejuaraan Motocross Dunia MXGP 2022 di Samota-sumbawa, Indonesia hujung minggu ini.

Muhammad Shukor Kamarudin menjadi pelumba terakhir untuk bersama-sama tiga lagi wakil negara Muhammad Hakimi Iroly, L Dharwin dan T Patthipat yang buat julung kalinya menyertai kejohanan berprestij dalam arena motocross itu.

Shukor, 33, berkata, peluang diraihnya itu bakal digunakan dengan sebaiknya apatah lagi ini adalah penyertaan julung kali negara di Kejuaraan Motocross Dunia MXGP dan berazam untuk mengharumk­an nama Malaysia.

“Saya akan cuba sedaya upaya dalam MXGP di Sumbawa dan mengharumk­an nama Malaysia,” kata Shukor ketika ditemui dalam majlis pelepasan di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), kelmarin.

“Saya akan cuba berikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Ini kali pertama dalam sejarah dan sudah pasti saya dan rakan sepasukan yang lain akan cuba yang terbaik mungkin.”

Shukor adalah pelumba senior dalam pasukan ALS Motorsport­s dan baginya, pengalaman dimilikiny­a akan dikongsi bersama rakan sepasukan bagi mengharung­i cabaran di Indonesia nanti.

“Ini tanggungja­wab bersama dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. Mungkin kalau ada pengalaman lebih itu, kami akan kongsi bersama. Saya mungkin sedikit berusia daripada yang lain dan sekiranya ada pengalaman yang kurang atau lebih itu, kami akan kongsi bersama untuk mengharumk­an nama Malaysia,“katanya.

Di Indonesia nanti, Shukor dijadual menyertai kelas MX1 450cc manakala Hakimi, Dharwin dan Patthipat beraksi dalam kelas MX2 250cc.

Dalam pada itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas majlis pelepasan berkata: “Saya mempunyai keyakinan amat tinggi terhadap kemampuan mereka bagi menyelesai­kan perjalanan yang jauh ini kerana mereka terpilih daripada ramai pelumba di Malaysia.

“Mereka ini adalah yang terbaik untuk mewakili negara dan saya harap, pelumba kita ini sentiasa berada di garisan hadapan, maksudnya saya berharap kejuaraan itu dapat didakap oleh pelumba daripada negara kita.

“Insya-allah, dengan kejayaan itu ia dapat mengharumk­an nama negara dan harap ketersohor­an mereka akan terus meletakkan Malaysia di peta dunia dalam bidang ini dan ia seterusnya memberik kesinambun­gan terhadap motivasi dan semangat kepada pelumba lain di tahun mendatang” katanya.

 ?? ?? Shukor (kiri); Pengurus ALS Motorsport­s, Syamsul Bakhtiar Esa (tengah); Penasihat ALS Motorsport­s, Datuk Nashrudin Elias (kanan) dan Pengurus Teknikal Pasukan ALS Motorsport­s, Muhammad Hirev Fazly Ismail selepas majlis pelepasan yang disempurna­kan Ahmad Zahid di WTC, Kuala Lumpur, kelmarin.
Shukor (kiri); Pengurus ALS Motorsport­s, Syamsul Bakhtiar Esa (tengah); Penasihat ALS Motorsport­s, Datuk Nashrudin Elias (kanan) dan Pengurus Teknikal Pasukan ALS Motorsport­s, Muhammad Hirev Fazly Ismail selepas majlis pelepasan yang disempurna­kan Ahmad Zahid di WTC, Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia