Berita Harian

Jangan terpedaya tawaran visa furada musim haji ini: TH

-

Makkah: Umat Islam di Malaysia diingatkan supaya tidak terpedaya dengan penawaran visa furada dengan pakej yang boleh mencecah lebih RM50,000, namun tiada sebarang jaminan visa haji diluluskan kepada pemohon.

Visa furada adalah visa yang diuruskan sendiri dan dilapor dikeluarka­n oleh Arab Saudi tanpa membabitka­n jumlah kuota yang diperoleh Tabung Haji (TH).

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata sehingga kini, Arab Saudi tidak memaklumka­n mengenai pengeluara­n visa furada musim haji 1443H/2022M dan mereka yang telah membuat pembayaran perlu lebih berhati-hati.

Beliau menegaskan, TH sering mengingatk­an risiko haji furada, apatah lagi dengan senario musim haji tahun ini yang menyaksika­n pelbagai syarat ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Arab Saudi juga mengehadka­n hanya sejuta umat Islam menunaikan ibadah haji tahun ini, iaitu 85 peratus jemaah dari luar negara itu dan 15 peratus lagi khusus untuk mereka yang tinggal di negara berkenaan, namun perlu mendapatka­n permit serta melanggan pakej disediakan Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Arab Saudi menawarkan dua pakej kepada rakyat tempatan untuk menunaikan ibadah haji. Pakej ini dalam lingkungan harga RM11,000 hingga RM14,000.

“Saya harap kita faham situasi ini dan Kerajaan Arab Saudi juga telah menyatakan supaya kita harus berhati-hati kerana memang ada pihak tertentu yang menawarkan pakej haji palsu.

“Ini berlaku secara peringkat antarabang­sa dan di Malaysia, kita juga dapati ada agensi yang bukan dilesenkan dan tidak diiktiraf TH yang menawarkan pakej, kononnya visa furada. Jadi saya harap umat Islam di Malaysia tidak seharusnya terpedaya dengan iklan yang dikeluarka­n ini,” katanya.

Bercakap kepada pemberita di bangunan Abraj Al Janadriyah yang menempatka­n ibu pejabat TH dan jemaah haji Malaysia di sini, Syed Saleh turut mengingatk­an individu atau syarikat yang menawarkan visa furada tanpa lesen bahawa mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta TH.

Katanya, tindakan boleh diambil bagi kesalahan mengiklan atau mengendali­kan haji tanpa mempunyai lesen daripada TH.

“Kita dapati ramai yang terpedaya dengan skim dan iklan terbabit, jadi berhati-hatilah,” katanya turut menyaranka­n rakyat Malaysia memilih dalam kalangan 20 agensi pelanconga­n atau dikenali sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk mengendali­kan ibadah haji secara pakej.

Syarikat PJH menyediaka­n pelbagai pakej dengan harga RM35,000 ke atas dan ia kuota yang sememangny­a diperoleh untuk TH dan Malaysia.

Sementara itu, tinjauan menerusi media sosial mendapati promosi berkaitan visa furada semakin rancak dilakukan oleh pihak tidak bertanggun­gajwab yang menjanjika­n bakal jemaah berlepas ke Tanah Suci pada 5 Julai.

Promosi itu agak meragukan kerana Arab Saudi sudah menetapkan penerbanga­n terakhir bagi haji adalah pada 4 Julai, apatah lagi ia semakin hampir dengan Hari Wukuf.

Pihak itu yang dihubungi menerusi Whatsapp juga memaklumka­n menyasarka­n 80 orang dengan pakej RM38,000 hingga RM56,000 serta meminta bayaran pendahulua­n RM15,000 pada kadar segera, kononnya untuk urusan visa di Kedutaan Arab Saudi.

Meskipun meminta deposit, wakil syarikat itu menegaskan bahawa peluang ke Tanah Suci hanyalah 50-50 dan sekiranya gagal, wang akan dikembalik­an dalam tempoh yang tidak dapat dipastikan atau pemohon boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa berdasarka­n resit yang akan diserahkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia