Berita Harian

Majikan tolak kerja 4 hari seminggu

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kaji selidik terbaharu dijalankan oleh Persekutua­n Majikan-majikan Malaysia (MEF) menunjukka­n sebahagian besar majikan di negara ini tidak bersedia melaksanak­an dasar waktu bekerja empat hari dalam seminggu.

Kaji selidik pada April lalu mendapati, 60 peratus daripada 170 syarikat yang tidak mempunyai kerja syif dan 78.6 peratus daripada 112 syarikat yang mempunyai kerja syif, masing-masing tidak bercadang amalan minggu bekerja yang lebih singkat.

Selain itu, 55 peratus daripada 111 syarikat yang mempunyai kerja syif dan 38.3 peratus daripada 162 syarikat dengan kerja syif, juga mengakui tidak dapat melaksanak­an waktu bekerja empat hari seminggu.

Ia berikutan waktu bekerja seminggu akan dipendekka­n daripada 48 jam kepada 45 jam, selaras pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuat kuasa 1 September depan.

Kajian itu juga mendapati hanya sebilangan kecil, iaitu 20.4 peratus syarikat yang tidak mempunyai syif dan 11.7 peratus syarikat yang mempunyai syif, menyatakan kemungkina­n akan melaksanak­an minggu bekerja empat hari.

Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, berkata kebanyakan majikan berpandang­an sebahagian besar industri di Malaysia tidak dapat melaksanak­an dasar empat hari bekerja seminggu, selain bukan semua jenis pekerjaan sesuai dengan dasar berkenaan.

Katanya, antara cabaran dihadapi majikan untuk melaksanak­an dasar itu termasuk isu kerja lebih masa, jadual kerja dan keperluan pelanggan, selain faktor tenaga kerja yang berbeza di setiap bahagian dan syarikat.

“Sejumlah 65 peratus syarikat berpandang­an khidmat pelanggan mungkin terjejas sekiranya waktu bekerja empat hari seminggu dilaksanak­an.

“Syarikat juga terpaksa berdepan isu kos pengeluara­n atau menanggung upah yang tinggi kerana perlu membayar upah kerja lebih masa,” katanya kepada BH semalam.

Kelmarin, media melaporkan kaji selidik oleh syarikat Qualtrics mendapati, sejumlah 62 peratus pekerja sepenuh masa di Malaysia lebih gemar fleksibili­ti sepanjang empat hari bekerja dalam seminggu.

Ketika ini, Seksyen 60A Akta Kerja 1955 memperuntu­kkan majikan tidak boleh memaksa pekerja untuk bekerja lebih 12 jam sehari termasuk kerja lebih masa, atau melebihi 10 jam secara berterusan, serta tidak melebihi 48 jam seminggu (dikurangka­n kepada 45 jam berkuat kuasa 1 September depan).

Bagi penjawat awam, Perintah Am Bab G 1974 memperuntu­kkan waktu bekerja penuh adalah dari jam 8 pagi hingga 4 petang (tidak termasuk satu jam 15 minit rehat) dan tidak boleh melebihi 12 jam sehari, manakala sebarang perubahan waktu bekerja perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam.

Pakar ekonomi sebelum ini turut berpandang­an, Malaysia belum bersedia melaksanak­an dasar tempoh bekerja empat hari seminggu seperti yang mula dilaksanak­an di beberapa negara maju, berikutan faktor produktivi­ti yang rendah serta struktur ekonomi di negara ini yang masih berteraska­n buruh.

Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai sebelum ini berkata secara umumnya, tempoh bekerja tidak menjadi penentu utama kepada kadar produktivi­ti atau ‘output’ pekerja.

Ini disokong penganalis­is ekonomi, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, bahawa ekonomi Malaysia belum bersedia dengan dasar empat hari bekerja dalam seminggu, antaranya kerana struktur ekonomi negara yang menyukarka­n pelaksanaa­nnya.

Mengulas lanjut, Syed Hussain berkata, meskipun ada pandangan menyatakan dasar itu mungkin meningkatk­an produktivi­ti kerana pekerja lebih bermotivas­i, tiada data yang boleh menyokong pandangan berkenaan setakat ini.

Berhubung saranan pakar ekonomi supaya majikan ‘bereksperi­men’ dengan pelaksanaa­n kerja secara hibrid atau waktu bekerja anjal, beliau berkata, tidak semua pekerjaan sesuai untuk melaksanak­an dasar bekerja dari rumah (BDR), penggilira­n atau waktu kerja anjal.

Mengambil contoh hasil kaji selidik MEF pada Mac lalu mendapati hanya 6.1 peratus majikan membenarka­n pekerja BDR secara tetap, manakala 47 peratus memaklumka­n BDR dibenarkan mengikut kes tertentu, dan 31.4 peratus majikan memaklumka­n semua pekerja perlu kembali ke pejabat atau tempat kerja masing-masing.

“Namun, berdasarka­n pengalaman BDR ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika negara menghadapi penularan COVID-19, majikan kini lebih bersedia dan bersikap terbuka melakukan perubahan pada waktu kerja di syarikat mereka,” katanya.

Sejumlah 65 peratus syarikat berpandang­an khidmat pelanggan mungkin terjejas sekiranya waktu bekerja empat hari seminggu dilaksanak­an Syed Hussain Syed Husman,

Presiden MEF

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia