Berita Harian

Indonesia bidas Tun M mahu tuntut Kepulauan Riau

‘Kenyataan bekas Perdana Menteri tiada asas undang-undang’

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kementeria­n Luar Indonesia menyifatka­n kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kepulauan Riau sepatutnya menjadi sebahagian Malaysia, sebagai tidak mempunyai asas undang-undang.

Jurucakap kementeria­n itu, Teuku Faizasyah berkata, bekas Perdana Menteri Malaysia itu juga tidak memiliki alasan jelas di sebalik kenyataan berkenaan kerana Kepulauan Riau diiktiraf sebahagian daripada wilayah Indonesia di peringkat antarabang­sa.

“Wilayah Indonesia ditentukan berdasarka­n prinsip dan ketetapan undang-udang antarabang­sa. Indonesia tidak melihat atas dasar undang-undang apa dan alasan apa kenyataan Dr Mahathir ini dibuat.

“Ketika dunia berdepan banyak cabaran, seorang ahli politik senior tidak sepatutnya membuat kenyataan tidak berasas yang boleh menjejaska­n persahabat­an,” katanya seperti dilaporkan portal berita Indonesia, Kompas.

Dr Mahathir ketika berucap dalam satu kongres pada Ahad lalu dilaporkan berkata, bukan hanya Pedra Branca atau Batu Puteh harus dikembalik­an kepada negara, sebaliknya mencadangk­an supaya Malaysia menuntut semula Riau dan Singapura.

Tegasnya, ia kerana Riau dan Singapura adalah ‘Tanah Melayu’ berdasarka­n sejarah.

Mengulas lanjut, Teuku Faizasyah berkata, Kepulauan Riau akan terus menjadi sebahagian daripada Indonesia buat selama-lamanya.

Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ) memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh, manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu adalah milik Malaysia.

Turut diputuskan adalah hak milik Tubir Selatan yang terletak kira-kira empat kilometer dari Batu Puteh akan ditentukan mengikut persempada­nan perairan negara yang menguasain­ya.

Malaysia memfailkan permohonan semakan pada 2 Februari 2017 dan 30 Jun tahun sama supaya mahkamah mentafsirk­an penghakima­nnya berhubung kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang diputuskan pada 23 Mei 2008.

Permohonan semakan itu difailkan berdasarka­n penemuan baharu Malaysia melalui tiga dokumen penting menunjukka­n pegawai tertinggi Singapura tidak pernah menganggap ia memperoleh kedaulatan terhadap Batu Puteh di bawah Johor.

Dua daripada dokumen itu yang hanya boleh diakses oleh awam selepas ICJ memberikan penghakima­nnya, juga menunjukka­n pegawai Tentera Laut British mengakui perairan di pulau itu milik Johor.

Bagaimanap­un, Malaysia terlepas peluang untuk mendapatka­n semula Batu Puteh selepas Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, membuat keputusan menarik balik semakan dan pentafsira­n penghakima­n, berhubung kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan beberapa hari sebelum ia dibicaraka­n di ICJ pada 11 Jun 2018.

Dalam pada itu, Mahathir melalui Twitter semalam memaklumka­n laporan mengenai kenyataann­ya ketika majlis itu tidak tepat kerana beliau tidak meminta Malaysia menuntut ‘tanah’ yang hilang itu.

“Saya cuba membangkit­kan bahawa kita begitu bimbang dengan kehilangan batu sebesar meja, tetapi tidak pernah (bimbang) mengenai bahagian lebih besar di Malaysia apabila ia diambil daripada kita.

“Kehilangan Pulau Batu Puteh bukan masalah besar. Ia kesilapan kerajaan Johor menafikan bahawa batu itu adalah milik Johor. Sekiranya penafian itu tidak dibuat, tidak akan ada pertikaian sekarang.

“Kita seharusnya bersyukur kerana mahkamah dunia menganuger­ahkan Pulau Ligitan dan Sipadan kepada kita. Kedua-duanya jauh lebih berharga daripada Pulau Batu Puteh – hanya singkapan batu. Kita patut bersyukur kerana Indonesia tidak mempertika­ikan anugerah itu,” katanya.

Wilayah Indonesia ditentukan berdasarka­n prinsip dan ketetapan undang-udang antarabang­sa. Indonesia tidak melihat atas dasar undang-undang apa dan alasan apa kenyataan

Dr Mahathir ini dibuat Teuku Faizasyah, Jurucakap Kementeria­n Luar Indonesia

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia