Berita Harian

4 pendekatan MARA perkasa program usahawan desa

-

Kota Kinabalu: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menggarisk­an empat pendekatan atau ekosistem sokongan yang lengkap dalam usaha memperkasa program keusahawan­an masyarakat luar bandar.

Pengerusin­ya, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata selain membantu dan membimbing usahawan baharu, dua lagi pendekatan ialah memberi pendedahan dan memantapka­n lagi usahawan sedia ada.

Katanya, pendekatan itu dilaksanak­an berpanduka­n potensi industri setiap kawasan luar bandar dengan sasaran untuk melahirkan usahawan luar bandar yang berdaya maju.

“Setiap rakyat, walau di mana berada, termasuk di luar bandar perlu diberi peluang meningkatk­an keupayaan diri khususnya dalam bidang perniagaan dan keusahawan­an.

“Dalam hal ini, MARA akan terus membantu meneroka potensi industri di sesuatu tempat melalui empat ekosistem lengkap dengan membantu dan membimbing usahawan baharu serta memberi pendedahan dan memantapka­n usahawan sedia ada untuk meningkatk­an perniagaan mereka,” katanya.

Berucap merasmikan Program Outreach Bina Niaga Luar Bandar di Pitas semalam, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort, berkata kawasan luar bandar seperti di Sabah memiliki banyak industri yang berpotensi dibangunka­n sebagai aktiviti keusahawan­an.

Sehubungan itu, katanya, usaha perlu digiatkan untuk memperluas­kan kefahaman dan kesedaran rakyat luar bandar terhadap potensi yang mereka miliki.

Sementara itu, beliau memaklumka­n, setakat ini, seramai 3,843 usahawan di Sabah mendapat kemudahan disediakan MARA, termasuk latihan keusahawan­an, pensijilan, pendigital­an, pembiayaan perniagaan dan penyewaan premis perniagaan membabitka­n peruntukan RM100.95 juta.

Katanya, MARA Sabah juga meluluskan RM98.47 juta bagi melaksanak­an pelbagai skim kemudahan pembiayaan seperti Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPIKE), Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPIM) dan Skim Dananita yang memberi manfaat kepada 1,121 usahawan di negeri ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 583 adalah usahawan wanita yang mendapat pembiayaan pelbagai skim MARA dengan peruntukan RM39.9 juta, termasuk 142 yang menerima Skim Dananita berjumlah RM6.2 juta,” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruha­n, melalui Program Latihan Keusahawan­an MARA, seramai 9,421 usahawan wanita mendapat manfaat program itu sehingga 31 Mei lalu.

 ?? ?? Azizah (kiri) menyerahka­n sumbangan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pendidikan Yayasan Pelajaran MARA kepada 50 pelajar yang diwakili ibu bapa masing-masing di Pitas, semalam.
Azizah (kiri) menyerahka­n sumbangan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pendidikan Yayasan Pelajaran MARA kepada 50 pelajar yang diwakili ibu bapa masing-masing di Pitas, semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia