Berita Harian

Agong selesai jalani prosedur intervensi sendi buku lali, lutut

-

Kuala Lumpur: Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah selesai menjalani prosedur intervensi sendi buku lali dan lutut dan kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbang­kan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan semalam, berkata prosedur berkenaan dijalankan Isnin lalu.

“Ekoran prosedur intervensi terbabit, Seri Paduka telah selanjutny­a dinasihatk­an untuk menjalani pemantauan dan pengawasan rapi pakar perubatan,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka dijadual berangkat pulang bersemayam di Istana Negara hujung minggu ini setelah selesai menjalani rawatan pemantauan dan pengawasan rapi berkenaan.

Beliau berkata, Al-sultan Abdullah turut menzahirka­n rasa syukur dan penghargaa­n serta ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahter­aan Seri Paduka.

Baginda dilapor menjalani pemeriksaa­n serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital kerana gering di bahagian kaki sejak Isnin lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia